Ads

Kuala Lumpur City Gallery (KLCG), Dataran Merdeka, KL || Food Vlog ||

Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

KLCG dibina daripada kecintaan keluarga Lee untuk berkongsi pastri dan juadah buatan tangan sejak 1957. Hari ini, keluarga Lee masih komited untuk menggunakan bahan-bahan terbaik dari seluruh dunia bagi memastikan kualiti kekal sebagai asas tradisi KLCG. Selepas 4 generasi menetap di Kuala Lumpur, hubungan mereka dengan bandar memberi inspirasi kepada mereka untuk membuka kedai roti betul-betul di tengah-tengah dataran kemerdekaan negara. Untuk maklumat lebih lanjut:


KLCG Entrance


Dibina di atas warisan keluarga, diilhamkan oleh kedai-kedai kejiranan artisanal dari seluruh pelusuk dunia, KLCG dibina atas komitmen kami terhadap ketukangan dan semangat kemasyarakatan. Menghidangkan croissant segar, pastri halus dan senyuman mesra untuk para pengunjung yang datang ke dataran merdeka.

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Di bawah merupakan info tentang muzium ini;

Koordinat            : 3.147235993237359, 101.6931957396942

Waktu buka         : 09.00 pagi - 06.00 petang

Hari buka            : Setiap Hari kecuali Selasa

Yuran masuk       : Percuma


Pelbagai jenis makanan ada di jual di sini, dan terdapat juga galleri tentang sejarah Kuala Lumpur bersebelahan dengan cafe. Jadi, korang boleh lihat apa yang pernah terjadi di KL suatu ketika dahulu dan di situ juga ada tempat-tempat menarik yang berdekatan disyorkan jika anda berada di KL. 

Pastri di sini mempunyai harga yang berpatutan dan sedap untuk di rasa. Ada juga juadah lain di sini seperti cronuts, croissants, cruffins, supreme, burgers, pizza, cake dan juga air minuman. Untuk harga, korang boleh refer di website ini https://www.klcg.online/.



Gambar di sini:











        Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.



Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Koleksi            : 4/5                                           Tiket Parking      :  Free di bawah dataran merdeka

Kebersihan      : 5/5                                           Yuran tandas       : Tiada bayaran

Fasiliti             : 4.5/5                                         Tiket Masuk       : Tiada bayaran

Kesedapan      : 4/5                                  


No comments:

Post a Comment