Ads

Batu Caves di Gombak, Selangor, MY || Travel Vlog || Eng Sub || Travel Vlog ||

Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Batu Caves, tempat yang ramai pengunjung dan mempunyai patung Dewa Murugan paling besar di dunia. Di sini, korang boleh bergambar, mengenali sejarah agama hindu dan bersukan. Untuk lebih lanjut, korang boleh scroll di bawah:


Simbolik Batu Caves (Patung Dewa Murugan)



Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Info tentang gua ini ialah:
 
GPS Koordinat    : 3.2383126673842937, 101.68420998858562

Harga Masuk       : Percuma

Harga Parking     : Berbayar (RM 2.00 per entry)

Aktiviti               : OOTD, Mengenali Sejarah, Pray, Bersenam, etc




Sejarah:

Batu kapur yang membentuk di Batu Caves dikatakan terhasil sekitar 400 juta tahun dahulu. Beberapa pintu masuk gua telah digunakan sebagai tempat perlindungan oleh orang asli Temuan yang turut mengaitkan Batu Caves dengan kisah Si Tenggang. Pada awal 1860, penduduk Cina mula menggali pupuk dari tahi burung di gua tersebut untuk benih sayur-sayuran patch mereka. Walau bagaimanapun, mereka menjadi terkenal hanya selepas kawasan bukit batu kapur telah direkodkan oleh pihak berkuasa penjajah termasuk Daly dan Syers serta Naturalist Amerika, William Hornaday pada tahun 1878.

Batu Caves telah diperkenalkan sebagai tempat ibadat oleh K. Thamboosamy Pillai, seorang pedagang India.Beliau mendapat inspirasi daripada pintu masuk utama gua yang berbentuk 'vel' dan mendapat inspirasi untuk membina sebuah kuil untuk Dewa Murugan dalam gua tersebut. Pada tahun 1890, Pillai, yang juga telah mengasaskan Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur, telah memasang Arca Dewa Murugan yang masih terdapat sehingga sekarang di 'Temple Cave'.

Di ketinggian hampir 100 Meter dari dasar laut, kompleks kuil Batu Caves terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa gua kecil. Gua yang terbesar dikenali sebagai Cathedral Cave atau Gua Kuil. Didalamnya tedapat sebuah kuil Hindu. Untuk sampai ke gua ini pengunjung perlu menaiki 272 anak tangga.

Pada kaki bukit adalah dua lagi gua kuil, iaitu Gua Galeri Seni(Art Gallery Cave) dan Gua Muzium (Museum Cave), kedua-duanya penuh denga arca-arca dan lukisan Hindu. Kompleks ini telah diubahsuai dan dibuka sebagai Cave Villa pada tahun 2008. Arca-arca dan lukisan di gua ini menggambarkan kisah kemenangan kemenangan Dewa Murugan ke atas Soorapadam. Gua Ramayana terletak ke kiri kompleks kuil Batu Caves. Dalam perjalanan ke Gua Ramayana, terdapat Tugu Dewa Hanuman yang setinggi 50 kaki serta sebuah kuil yang didedikasikan untuk Dewa Hanuman. Gua Ramayana menggambarkan cerita Rama dalam cara kronik sepanjang dinding dan tidak teratur.

Sebuah patung 42.7 meter (140 kaki) tinggi Dewa Muruga telah dilancarkan pada Januari 2006, setelah mengambil 3 tahun untuk membina. Ia adalah patung Tuhan Muruga yang tertinggi di dunia.

Batu Caves terkenal dengan perayaan Thaipusam. Ia menarik perhatian bukan sahaja penganut Hindu Malaysia, tetapi juga penganut Hindu di seluruh dunia seperti India, Australia, Singapura, Thailand dan Eropah. Selain itu, ia menjadi tarikan pelancong yang utama di Malaysia. Pada tahun 2007, perayaan ini menarik lebih daripada 1.5 juta penganut, menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar dalam sejarah dunia.

Antara gambar yang di tangkap:








Sampai sini sahajalah coretan Asz, kalau ada soalan boleh tulis di komen di bawah. Terima Kasih.



Review daripada Asz:                                           Pembayaran tiket:
                                     
Keindahan       : 5/5                                                 Tiket Parking   :  Berbayar 

Keluasan         : 5/5                                                 Tiket Masuk    : Tiada
 
Kebersihan      : 5/5                                                 

Fasiliti             : 3.5/5                                              


 

Fasiliti  :

Parking, Kedai Makan Indian, Gerai Jualan, Kedai Cenderahati, Mini Zoo 

Blogspot Berkaitan  : 


Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah






No comments:

Post a Comment