Ads

Harga Tiket Masuk Menara Condong 2022 || Explore Dalam Menara Condong || Travel Vlog ||

Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Menara Condong adalah menara bersejarah yang popular dan unik di Malaysia dan mempunyai sejarah tersendiri kenapa ianya condong. Kalau korang nak tau sejarah bangunan ini dan apa yang ada di dalam menara ini sila scroll di bawah.


Menara Condong Teluk Intan


Menara Condong Teluk Intan ialah sebuah menara tangki air yang kemudian dijadikan menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Menara ini mempunyai 3 tingkat dan telah dibaik pulih sehinggalah menjadi tempat perlancongan menarik di Perak. Harga masuk tiket 2022 ialah:


Harga tiket masuk dan harga tiket beca

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.



Koordinat            : 4.025364446844148, 101.01922941073097

Waktu buka         : 08.00 am - 5.00 pm (Isnin - Jumaat)
                              09.00 am - 6.00 pm (Hujung Minggu & Cuti Umum)

Hari buka            : Setiap Hari

 

Menara yang menyerupai Menara Pisa, Itali ini dibina pada tahun 1885 dan memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh. Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini, menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini, bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.

Menurut satu kajian, tujuan pembinaan menara condong atau juga dikenali sebagai Jam Tinggi adalah untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau, dalam memastikan kemudahan Pengurusan Air British ditingkatkan, untuk bekalan air sekiranya berlaku kebakaran dan sebagai penjaga masa.


Sejarah Menara Condong

Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Orang yang bertanggung jawab membina Menara Jam ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong. Sebagai arkitek beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China. Setelah 10 tahun dibina, iaitu pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat. 

Pada zaman Jepun (1942-1945) bangunan Menara Jam ini dijadikan menara kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini yang digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian atas.Tangki air terletak di aras tiga yang dibuat daripada keluli setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki padu air. 



Di bahagian dalam menara :










Di bahagian luar menara:





Keunikan Menara Condong


Jam Berbunyi setiap jam

Loceng

Tangki Air

Telaga



Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.


Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Keunikan         : 5/5                                           Tiket Parking      :  RM 0.60/jam (Dibawah majlis)

Kebersihan      : 5/5                                           Tiket Masuk       : RM 2.00 (dewasa), RM 1.00 (kanak2)

Fasiliti             : 2/5                
                        
Pemandangan  : 4/5                                    



Blogspot berkaitan  :



Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah


https://www.youtube.com/watch?v=DnJyb7BhZDY

No comments:

Post a Comment