Ads

Waterfront Bagan Datuk || Beting Beras Basah , Perak, MY || Harga Tiket || Waktu dan Hari Operasi || Travel Vlog ||

Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot... 

Korang tau tak Bagan Datuk (Dulunya dipanggil Bagan Datoh) dikenali sebagai pekan hantu oleh kerana tiada pengunjung dan pekan ini ialah pekan mati. Namun, setelah dibaik pulih dan dibangunkan Adun kawasan tersebut ianya menjadi port terbaik untuk korang kunjungi sekarang walaupon ada sesetengah bahagian masih dalam proses dibangunkan.


Welcome to Bagan Datuk Sign


Pada 29 March 2021 yang lalu, Asz dan keluarga kunjungi kampung saudara belah mak iaitu di Rungkup, berdekatan dengan Bagan Datuk. Sambil tu, kiteorang terus lajak ke sini untuk bergambar dan bervideo. Memang teruja apabila melihat kampung sendiri sudah membangun berbanding dahulu dan banyak fasiliti disediakan di sini. Nak tau apa lagi ada dekat sini, teruskan membaca.


Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.



Pada awal pagi sabtu, kami bergerak dari Teluk Intan dan lebih kurang 45 minit kami sampai di sini. Btw, Asz dulu membesar di Kg Simpang 3, Bagan Datuk, jadi serba sedikit fasih jalan di sini. Akibat teruja melihat media sosial tentang pembangunan di sini, kami pon cuba untuk terjah dan lihat apa perbezaan yang di buat oleh pihak politik di sini. Masuk sahaja di sini, Asz terus pegang kamera. Di bawah Asz senaraikan apa yang ada di sini:

Clock Tower


Playground Ship


Square



Trophi Bola



Jeti


Masjid Terapung


Medan Selera


Waterfront



Selain daripada gambar di atas, istimewanya di sini ada mural yang di lukis oleh anak perak sendiri di bahagian dinding bangunan seperti gambar di bawah:
















Selesai bergambar di sini, kami terus pergi ke tempat bersejarah iaitu Beting Beras Basah berdekatan dengan waterfront Bagan Datuk. Beting Beras Basah ini mempunyai sejarah ia tersendiri. Ok, Asz pendekkan sedikit cerita dia,

Beting Beras Basah terletak di muara Sungai Perak merupakan kawasan pantai berpasir. Kawasan ini boleh dilalui dengan jalan darat melalui Kampung Sungai Ular Bagan Datuk, perjalanan dengan kereta / motosikal mengambil masa 7 minit dari pekan Bagan Datuk ke Beting Beras Basah. Tempat ini adalah tempat Raja (Sultan) Perak pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Setiap kali Raja Perak dinobatkan, Raja mesti turun padang di Sungai Perak ini dari Kuala Kangsar ke Beting Beras Basah. Sebuah upacara dilakukan sebagai simbol Raja Muzaffar Shah I yang pertama, Sultan Perak yang pertama, telah menjejakkan kaki ketika pertama kali tiba di Perak. Raja yang dinobatkan perlulah merendamkan kaki di sungai ini dan ada yang mengatakan ianya perjanjian antara Raja Muzaffar Shah dengan unsur mistik di situ suatu ketika dahulu di mana setiap kali pertabalan Raja baru perlulah lakukan upacara tersebut. (Wallahualam)



Ok Asz selitkan sikit gambar di Beting Beras Basah:








Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.


Review daripada Asz:                                               Pembayaran tiket:
                                     
Pemandangan : 4.5/5                                               Tiket Parking  :  Tiada

Kebersihan      : 5/5                                                  Yuran tandas   : Tiada

Fasiliti             : 5/5                                                   Tiket masuk    : Tiada


Lokasi             : Bagan Datuk Waterfront (3.992869650201712, 100.78592920994876) 
                        : Beting Beras Basah (4.004713217079628, 100.7232154462729) 


Kemudahan lain  :              

Medan Selera, Masjid, Tandas awam, Kedai, Tapak Pasar, Dewan Besar

Pembangunan di sekeliling: 

Taman Bunga Matahari (page yang lain), MRSM, Kompleks Sukan Bagan Datuk, Jambatan Bagan Datuk, Politeknik Bagan Datuk.

Blogspot Berkaitan  :



Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah














No comments:

Post a Comment