Ads

Muzium Telekom, Kuala Lumpur || Free Entrance || Travel Vlog ||

Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Muzium Telekom menyediakan dua buah galeri untuk dikunjungi oleh para pengunjung. Galeri sejarah di aras satu manakala galeri moden di aras dua. Galeri-galeri ini mempersembahkan satu bentuk pameran secara interaktif yang unik dan menarik yang menceritakan kewujudan sistem komunikasi bermula sejak era manusia pra sejarah sehinggalah berkembang ke era serba moden. Untuk maklumat lebih lanjut:



Muzium Telekom Entrance


Muzium Telekom terletak di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, satu lokasi yang amat strategik di tengah-tengah pusat bandaraya. Lokasi yang lebih tepat lagi ialah di persimpangan Jalan Gereja dan Jalan Raja Chulan. Kira-kira 600 meter dari sini, tegak berdiri menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia, Menara Kuala Lumpur, anak syarikat TM yang menawar satu lagi tempat pelancongan yang perlu dilawati.

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Di bawah merupakan info tentang muzium ini;

Lokasi                                : 3.1490120930260277, 101.69942293969413

Waktu & Hari buka           :
Ahad 10.00 pagi – 5.00 petang
Isnin 09.00 pagi – 5.30 petang
Selasa 09.00 pagi – 5.30 petang
Rabu 09.00 pagi – 5.30 petang
Khamis 09.00 pagi – 5.30 petang
Jumaat 09.00 pagi – 5.30 petang
Sabtu 10.00 pagi – 5.00 petang

Yuran masuk                     : RM 6.00 (Dewasa), RM 3.00 (Kanak2)

Aktiviti                              : OOTD, lepak, food, jalan2, sejarah


    Muzium Telekom sekarang dikenali sebagai Muzium Telekomunikasi Negara. Ia terletak di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja, Kuala Lumpur. Tujuan pembinaannya ialah untuk menempatkan ibusawat telefon manual jenis central battery. Bangunan ini dilengkapkan dengan sebuah ruang kabel bawah tanah dan susun atur lantai bagi disesuaikan dengan peralatan telekomunikasi pada waktu itu. 

    Rekabentuk binaannya menjadi contoh terbaik bagi bangunan ibusawat telefon di Malaya ketika itu. Bangunan MTN pada asalnya direka dengan pelan berbentuk huruf ‘G’ dan mempunyai koridor bersempadan dalam yang mengandungi sebuah gelanggang khidmat. Seperti bangunan-bangunan kolonial sezaman dengannya, bangunan setinggi tiga tingkat ini dibina secara pertukangan batu mengikut berat dan struktur. 

    Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah bagi dewan-dewan operator telefon, lantai-lantai kayu yang ditinggikan dengan galang-galang keluli telah dibina ditingkat paling atas sekali.

    Oleh kerana rekabentuk bangunan ibusawat ini begitu praktikal, bahagian hadapannya telah dihias secara berlainan iaitu dengan ciri-ciri ketersergaman klasik. Susunan tingkap-tingkap berkaca secara simetri dan elemen-elemen berhias, mempamerkan gaya senibina dari fahaman neo-klasik yang diambil dari sumber-sumber corak kurun ke-19. Satu ciri senibina bangunan ini yang unik ialah deretan tiang-tiang ionia setinggi dua tingkat yang diapit oleh dua menara yang dibina secara bertentangan di bahagian hadapan.


 

Gambar di sini:











        Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.



Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Koleksi            : 5/5                                          Tiket Parking      :  Bawah DBKL

Kebersihan      : 5/5                                          Yuran tandas       : Tiada bayaran

Fasiliti             : 5/5                                          Tiket Masuk       : Tiada bayaran

Keunikan         : 5/5                                  



Kemudahan lain  :

Tandas, Surau, Telekom Point, Pusat Sumber

Blogspot berkaitan  :


Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah

https://youtu.be/RNy_uzzsjrc





No comments:

Post a Comment