Ads

Harga Tiket Masuk Kellie Castle 2022 || Explore Kellie Castle dan POTD || Travel Vlog ||

Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Kellie Castle adalah tempat bersejarah yang popular di Malaysia dan mempunyai sejarah yang misteri dan bentuk rupa yang sangat unik. Kalau korang nak tau sejarah istana ini dan apa yang ada di sini sila scroll di bawah.


Jambatan ke Kellie Castle


Pada tahun 1909, rumah Istana Kellie atau rumah Kellas telah dibina oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Istana yang terletak di Batu Gajah, Perak ini mempunyai 3 tingkat dan telah dibaik pulih sehinggalah menjadi tempat perlancongan menarik di Perak. Harga masuk tiket 2022 ialah:

2 tiket dewasa 
1 tiket warga emas
2 tiket kanak-kanak
1 tiket lot parking

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.



 Sejarah Istana Kellie

Istana ini mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras. William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. 

Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.  Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. 


Koordinat            : 4.474643292421459, 101.0877513530612

Waktu buka         : 09.00 am - 5.00 pm

Hari buka            : Setiap Hari



Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jambatan yang melintasi sungai. 

Antara hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie ialah lif yang pertama di Malaya yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur ke bawah sungai berdekatannya. Salah satunya ialah terowongan yang menghubungkan beberapa candi Hindu yang tidak jauh dari rumah utama tetapi sudah ditutup oleh kerana sebab tertentu.


Di bahagian luar istana











Di bahagian dalam istana:











Peta Kawasan







Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.


Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Keunikan         : 4.5/5                                         Tiket Parking      :  RM 2.00

Kebersihan      : 5/5                                            Yuran tandas       : Tiada bayaran

Fasiliti             : 4.5/5                                         Tiket Masuk       : Sila tengok gambar di bawah

Pemandangan  : 4/5                                    





Kemudahan lain  :

Tandas, Makan, Minum, Cenderahati, Fotografi

Tempat menarik di sekeliling  :

Gua Tempurung, Muzium Kapal Tanjung Tualang, Air Terjun Buntong, Gunung Rapar, Mirror Lake Ipoh

Blogspot berkaitan  :



Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah






No comments:

Post a Comment