Ads

Muzium Belia dan Balai Seni Lukis Melaka, Bandaraya Melaka || Travel Vlog ||

Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Balai Seni Lukis Melaka ialah  galeri seni yang terletak di Bandar Melaka, Melaka, Malaysia yang bertujuan untuk mempromosikan hasil karya dan tema pelukis tempatan di Melaka. Manakala, Muzium Belia Melaka berfungsi sebagai pusat dokumentasi kegiatan belia yang mempamerkan bahan-bahan dan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Persatuan Belia di Malaysia dan antarabangsa.


Balai Seni Lukis Melaka


Balai Seni Lukis ini terletak di dalam sebuah bangunan dua tingkat. Galeri ini terdiri daripada bilik studio lukisan untuk pelukis untuk menghasilkan karya seni mereka dan kedai. Dewan pameran utama galeri menempatkan lebih 80 lukisan dengan pelbagai tema yang dicipta oleh artis-artis tempatan. Galeri ini lazimnya mengadakan pelbagai pameran lukisan dan juga bengkel lukisan.

Bahan utama pameran di Muzium Belia adalah gambaran tokoh-tokoh pemimpin belia, piala, pakaian seragam dan sebagainya. Tujuan muzium ini ditubuhkan
1) Untuk mewujudkan satu pusat dokumentasi kegiatan belia yang induk bagi tujuan kajian dan informasi.
2) Untuk menyimpan segala rekod dan butir kegiatan belia secara sistematik dan teratur yang mengandungi sejarah penubuhan kelab dan pertubuhan belia dari seluruh negara.
3) Untuk menimbulkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia mengenai sumbangan kegiatan belia kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Di bawah merupakan info tentang balai seni ini;

Koordinat            : 2.1951034957951086, 102.24961023976981

Waktu buka         : 09.30 pagi - 5.30 petang

Hari buka            : Setiap Hari

Harga tiket          : RM 5


Selepas kami beli tiket, kami terus masuk ke muzium belia terlebih dahulu. Seperti mana Asz cerita di atas bahawa bangunan ini mempunyai dua tingkat, kami teroka tingkat dulu kemudian ke tingkat atas. Di sini, anda boleh melihat sejarah2 belia dilantik dahulu, pakaian seragam, dekorasi berkaitan, lukisan dengan pelukis karyanya dan sebagainya.

Agak berbaloi masuk ke sini walaupon penghawa dingin di sini kurang sejuk dan syoknya di sini tidak ramai orang dan anda boleh mengambil gambar atau video lebih lama walaupon pada hari cuti umum.


Gambar:







        Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.



Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Koleksi            : 5/5                                         Tiket Parking      :  Tiada parking

Kebersihan      : 5/5                                          Yuran tandas       : Tiada bayaran

Fasiliti             : 3/5                                          Tiket Masuk       : RM 5

Keunikan         : 4/5                                  



Kemudahan lain  :

Tandas

Blogspot berkaitan  :




Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah


https://youtu.be/4XRHRp46AOw






No comments:

Post a Comment