Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Siapa saje tidak tahu tentang Taman Tema Air Tambun Ipoh. Salah satu taman air yang popular di Malaysia dengan 6 jenis taman tema air dan 3 jenis taman tema malam. Enam jenis tema tersebut ialah Taman Air, Taman Hiburan, Lembah Timah, Lembah Harimau, Mini Zoo dan Taman Pengembaraan. Di malam pula ialah Taman Air Panas Malam, Taman Air Panas & Spa dan Hutan Cahaya.
Pintu Masuk Lost World Tambun
Pada 21 January 2020 yang lalu, Asz dan rakan sekerja plan untuk bercuti dan beriadah di sini kerana sudah lama tidak merehatkan diri. Kami bergerak awal pagi dari Teluk Intan ke Ipoh mengambil masa dalam 2 jam. Setelah sampai kami terus mencari parking dan perlu melepasi auto tiket. Waktu pagi dalam pukul 9.45 masih tidak banyak kereta mungkin bukan hari perayaan, hanya hujung minggu biasa. Setelah semua berkumpul, kami terus membeli tiket di kaunter.
Papan Harga Tiket
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Info tentang Lost world of Tambun sikit:
Koordinat : 4.627169398856614, 101.15448803824972
Waktu buka :
Isnin - Jumaat - 11.00 am - 6.00 pm (Selasa tutup kecuali PH)
Hujung minggu - 10.00 am - 6.00 pm
Kolam Air Panas- 6.00 pm -11.00 pm
Harga tiket (Berubah2 mengikut waktu)
Dewasa - RM 117 (Lost World) RM 75 (Hot Spring Night Park only)
Kanak-Kanak - RM 110 (Lost World) RM 66 (Hot Spring Night Park only)
Mykad Dewasa - RM 85 (Lost World) RM 64 (Hot Spring Night Park only)
Mykid Kanak2 - RM 77 (Lost World) RM 55.50 (Hot Spring Night Park only)
Selepas masuk, kami di beri gelang plastik dan terus kami cari locker untuk simpan barang. Harga untuk locker pula berbeza mengikut saiz:
Sebelum itu, korang kena follow guideline pakaian dekat sini, kalau tak rugi korang tak boleh guna sebahagian tempat untuk berhibur, yang penting pakai kain jenis jersey senang.
Asz kongsi sikit apa yang ada dekat dalam ni:
Mini Zoo (Petting Zoo)
Tin Bearer (Tin Valley)
Dragon Flights
Stormrider
Tiger Valley
Aquarium House
Rumah Hantu (Haunted Chamber) serious best
Rumah Kucing (Catopia)
Peta Kawasan
Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.
Review daripada Asz: Pembayaran tiket:
Keseronokan : 4.7/5 Tiket Parking : RM 1.00 per jam
Kebersihan : 5/5 Yuran tandas : Tiada bayaran
Fasiliti : 5/5 Rumah Hantu : RM 10 per orang
Servis : 4.5/5 Catopia : RM 5.00 per orang
Kemudahan lain :
Tandas, Surau, Tempat Salin Pakaian, Food Court, Kedai CenderahatiTempat menarik di sekeliling :
The Banjaran Hotsprings Retreat, Stesen Keretapi Ipoh, Gunung Lang Recreational Park, Kledang Saiong Forest Eco Park, Tropica Water Park, Animation Theme Park, Kellie Castle
Blogspot berkaitan :
Gardens
Secret Garden Putrajaya, Taman Bunga Matahari BD, Taman Tasik Taiping, Taman Botani Shah Alam, FRIM Kepong, Japanese Garden Shah Alam, Taman Saujana Hijau, Kundasang War Memorial, Taman Botani Perdana KL, Taman Tasik Titiwangsa
Water Parks / Waterfall
Refarm Kampar, Lost World Tambun, Lost World Tambun 2.0, Tampin Water Park, Sunway Lagoon, Air Terjun Ulu Bendul
Best places
Bagan Datuk, Beting Beras Basah, Tasek Cermin Ipoh, Chin Swee Temple, Elmina Rainbow Bridges, Menara Kuantan 118, Teluk Cempedak, ICT Shah Alam, Tanjung Aru, Sabah, Desa Dairy Farm, Kuching Waterfront
Zoo
History
Muzium Perak, Kellie Castle, Menara Condong, Kota A Famosa & Bukit St Paul, Batu Caves, Pusat Sains Negara, Petrosains, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Muzium Hantu Melaka, Muzium dan Balai Seni Lukis Melaka, Balai Seni Lukis Negara, Muzium Telekom
Interesting Places
Tempat Menarik di Manjung, Tempat Menarik di Melaka, Tempat Menarik di Muar, Tempat Menarik di sekitar KL/Selangor, Tempat Menarik di Kuantan, Tempat Menarik di Kuala Terengganu, Tempat Menarik di Sabah, Tempat Menarik di Putrajaya, Tempat Menarik di Cameron Highland, Tempat Menarik di Desaru, Tempat Menarik di Nilai
Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah
https://www.youtube.com/watch?v=tjzuKn-e-lc
No comments:
Post a Comment