Ads

Sejarah Kota A Famosa & St Paul Church || Bukit Melaka || Travel Vlog ||

Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Kota A Famosa adalah tempat bersejarah yang paling popular di Malaysia dan mempunyai sejarah dan bentuk rupa yang sangat unik. Begitu juga dengan Gereja St Paul yang terletak di atas bukit berhampiran Kota A Famosa. Kalau korang nak tau sejarah gereja dan kubu ini dan apa yang ada di sini sila scroll di bawah.


Kota A Famosa

Gereja St Paul


Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


A Famosa merupakan nama menara yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka.  A Famosa sebahagian daripada Kota Melaka (Fortaleza de Malaca) yang mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.


Koordinat            : 2.1920024971347867, 102.25032488189055

Waktu buka         : 24 jam

Hari buka            : Setiap Hari



Bukit St Paul ini asalnya istana raja Melaka. Tapi bila Melaka dijajah Portugis, mereka ganti istana dengan gereja, 10 tahun selepas dijajah. Gereja di atas bukit ini merupakan markas di mana mubaligh Kristian, Francis Xavier menyebarkan Kristian bukan sahaja ke seluruh Asia Tenggara, tapi terus ke Jepun dan China. 

Di bahagian dalam Gereja terdapat batu nisan yang dikumpul sebelumnya berselerak di sekeliling bukit ini dan dijadikan pameran awam. Batu nisan tersebut mempunyai nama empunya dan di tegakkan. Terdapat juga perigi di dalam bangunan tersebut yang terisi dengan duit syiling oleh pengunjung.

Di bahagian luar pula terdapat panorama view yang korang boleh OOTD dan terdapat satu patung Francis Xavier iaitu penyebar agama kristian di Southeast Asia yang hilang tangan kanannya. Untuk makluman, patung ini dibuat pada tahun 1951. Semasa Xavier mati di China pada 1553, dia dibawa balik ke Melaka buat sementara, dan kemudian badannya dihantar ke Goa India.

Macam kebanyakan orang yang dianggap orang keramat, badannya dipelihara dan tidak dikebumikan/ dibakar. Mayatnya dipelihara di Tomb of St. Francis Xavier, Goa, India. Menurut cerita, tangan St Francis Xavier ini dah diputuskan dari badannya pada 1614. 

Sebabnya tangan ini diminta oleh Vatican City sebagai peninggalan seorang orang keramat. Jadi mayat di Goa memang tiada tangan. Dikatakan sehari selepas patung ini didirikan, dahan pokok Casuarina jatuh kena tepat pada tangan kanannya. Jadi, sampai sekarang patung tersebut tiada pergelangan tangan kanan.

Gambar-Gambar








Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.


Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Keunikan         : 4.5/5                                         Tiket Parking      :  Berbayar

Kebersihan      : 5/5                                            Tiket Masuk        :  Tiada

Fasiliti             : 3/5                                         

Pemandangan  : 4/5                                 

Blogspot berkaitan  :



Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah


https://www.youtube.com/watch?v=TcOkxTJBS0I




No comments:

Post a Comment