Ads

Taman Bunga Matahari Sungai Burung, Bagan Datuk, Perak, MY || Harga Tiket || Waktu dan Hari Operasi || Travel Vlog ||

Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot... 

Baru - baru ini, segelintir rakyat Malaysia tertanya-tanya tentang gambar taman bunga matahari yang viral tempoh yang lalu. Taman Bunga Matahari di Sungai Burung, Bagan Datuk ini merupakan tempat yang sangat sesuai untuk OOTD kerana tempat itu sendiri menyediakan banyak tempat untuk bergambar. Taman ini mempunyai 3 peringkat penanaman, untuk memastikan ladang terus menerus mempunyai bunga matahari dan untuk tidak mengecewakan para pengunjung yang datang ke sini. Penanaman itu sendiri murah tetapi kos penyelenggaraannya yang tinggi oleh kerana bunga matahari itu sendiri yang menarik banyak serangga dan memerlukan penjagaan yang optimum. Ia juga merupakan lokasi yang ideal untuk pengantin baru mengambil gambar perkahwinan.

Sunflower Garden Sign


Pada 29 March 2021 yang lalu, Asz dan keluarga kunjungi kampung saudara belah mak iaitu di Rungkup, berdekatan dengan Bagan Datuk. Sambil tu, kiteorang terus lajak ke sini untuk bergambar dan bervideo. Kampung Asz di Rungkup berdekatan sahaja dengan Sungai Burung ni, dalam 10 minit sahaja jika menaiki kereta. Disebabkan berdekatan, kami terus menjejakkan kaki pertama kali di sini.

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Kami sampai agak lewat, dalam pukul 10 pagi macam tu, cuaca sudah agak panas dan matahari terik menyinari pori-pori muka kami..hahaha..Pastikan korang datang waktu matahari kena tenggelam dik awan, kalau tak korang datang waktu bunga matahari layu tunduk ke bumi. Nah info tentang taman ni,


 
Koordinat            : 4.0295675768074934, 100.71160585319475

Waktu buka         : 8.00 am - 5.00 pm (During PKPB)

Hari buka            : Setiap Hari

Jumalah Pokok   : 2000 Pokok

Keluasan             : 0.8 ha/ 2 acres


Sampai sahaja di sini, kami terus cari parking. Mula2 agak was-was jugak, apabila ikut signboard dia, tapi alhamdulilah sampai juga. Terus pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran, tapi tiada orang yang jaga. Lalu, Asz pon call la nombor telefon tertera, selepas tunggu beberapa minit yang jaga kaunter tu pon datang dan bukakan pintu masuk dan dia siap tunjukkan jalan keluar sekali bersebelahan pintu masuk. Setelah itu, apa lagi terus bergambar dan cari mana bahagian yang ada bunga matahari. Kat bawah merupakan koleksi gambar yang anda boleh ambil di sini:


 












Disebabkan cuaca agak panas, jadi kami tak berada lama di sini, cukup sekadar teroka semua spot yang ada di sini. Tempatnya memang cantik dan bersih, tapi sayang bunga matahari banyak sudah yang tunduk dan ada yang dah layu. Mungkin next time Asz akan datang awal pagi atau cuaca yang mendung.



Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.


Review daripada Asz:                                    Pembayaran tiket:
                                     
Pemandangan : 4.5/5                                     Tiket Parking  :  FOC

Kebersihan      : 5/5                                        Yuran tandas   : Tiada Tandas

Fasiliti             : 3.5/5                        Tiket masuk    : RM 13 (dewasa), RM 10 (kanak2)



Kemudahan lain  :

Nurseri, Parking, Tempat Berehat

Pembangunan di sekeliling :

MRSM BD, Kompleks Sukan BD, Jambatan BD, Politeknik BD

Blogspot berkaitan :




Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah





No comments:

Post a Comment