Ads

Muzium Perak & Taman Tasik Taiping, Taiping, Perak, MY || Harga Tiket || Waktu dan Hari Operasi || Travel Vlog ||

 Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Taman Tasik Taiping (Taman Tasik Taiping) pada mulanya merupakan kawasan perlombongan sebelum dijadikan taman awam pada tahun 1880. Pada tahun 1884, taman ini ditanam dengan rumput, bunga, dan pokok; sebahagian dari taman dipagar, agar lembu tidak masuk. Tersebar seluas 64 hektar, tasik ini memiliki sepuluh tasik dan kolam yang indah, Kolam Teratai, jambatan yang menawan, trek untuk joging, dan refleksologi, semuanya dikelilingi oleh tanaman tropika, bunga, pohon, dan hidupan liar.

Muzium Perak (Muzium Perak) adalah muzium tertua di Semenanjung Malaysia. Ia terletak di bandar Taiping dan berhampiran Penjara Taiping. Sebilangan besar koleksi muzium terdahulu adalah barang etnologi dan antropologi. Sebilangan dari mereka diklasifikasikan sebagai koleksi berusia lebih dari seratus tahun seperti spesies haiwan seperti "benturong" dan "pulasan", rangka dan kerangka binatang dan tanah liat asap yang pupus atau sangat sukar ditemui. Sebilangan besar koleksi dan artifak ini dipamerkan di empat galeri utama muzium yang bertempat di sebuah bangunan berusia hampir 120 tahun. Ia dibina pada tahun 1883 dan mengekalkan konsep seni bina Inggeris kuno dari jenis Seni Dico.


Muzium Perak & Taman Tasik Taiping


Pada 3 April 2021 yang lalu, selepas Asz dan keluarga melawati Zoo Taiping, kami terus ke Muzium Perak dan Taman Tasik Taiping kerana tempat-tempat ini berdekatan sahaja. Selepas keluar zoo taiping, kami singgah di Muzium Perak dahulu dan hanya bayar bayaran masuk serendah RM 2.00 sahaja  + tax.

3 tiket dewasa dan GST

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Di dalam muzium ini mempunyai artifak yang dikutip dan dikumpulkan datangnya dari Lembah Kinta dan Lembah Lenggong. Muzium Perak telah menghimpun dan mempamerkan seni budaya kaum Melayu dan Orang Asli, replika zoologikal, basikal lama, pameran pengggunaan rotan oleh Orang Asli dan rumah mini Orang Asli juga dipamerkan. Di luar muzium, boleh juga dilihat jet lama, koc keretapi wap, kereta wap, patung Kolonel Walker, batu tanda kubu Maharaja Lela, batu nisan purba dari Sungkai, sampan purba, kereta lama, dan sebagainya. Sedikit info tentang Muzium Perak & Taman Tasik Taiping.

Muzium Perak

Koordinat            : 4.860639236931691, 100.74532528860504

Waktu buka         : 10.00 am - 4.00 pm

Hari buka            : Setiap Hari

Taman Tasik Taiping

Koordinat            : 4.8532442375719835, 100.74582831667364

Keluasan             : 64 hectares

Jumlah Pokok    : 113 pokok hujan-hujan dan 1,300 jenis pokok lain 



Di bahagian dalam muzium:



Bergambar di Pintu Masuk

Replika Haiwan

Adat Masyarakat Melayu


Rumah Mini Kaum Masyarakat Orang Asli



Di bahagian luar muzium:

Batu Bersurat Muzium


Jet

Trail Kereta Api

Kereta Lama


Sampan Lama

Selepas habis jelajah dalam Muzium Perak, kami terus ke Taman Tasik Taiping. Di mana, tasik ini mempunyai beberapa checkpoint yang menarik seperti gambar di bawah.


Jeti Jubli Perak


Kayak/Swan Cycling

I love Taiping Sign



Cycling

Rock garden


Peta Taman Tasik Taiping


Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.


Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Koleksi            : 4.5/5                                         Tiket Parking      :  Tiada bayaran

Kebersihan      : 4/5                                            Yuran tandas       : Tiada bayaran

Fasiliti             : 5/5                                              

Pemandangan  : 4.5/5                                        


Tiket masuk  :  
Dewasa                                   : RM 2.00 
Kanak- Kanak (3 to 12 years) : Free
Warga Emas (60 years)          : RM 1.00
 


Kemudahan lain  :

Tandas, Surau, Kedai Cenderahati, Perpustakaan

Tempat menarik di sekeliling  :

Penjara Taiping, Spritzer EcoPark, 5D Art Paradise Taiping, Old House Museum, Kota Ngah Ibrahim (Muzium Matang), Kuala Sepetang, Air Terjun Pecah Batu, Maxwell Hill Bukit Larut

Blogspot berkaitan  :



Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah






No comments:

Post a Comment