Ads

National Art Gallery (Balai Seni Lukis Negara), Kuala Lumpur || Travel Vlog ||

Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Balai Seni Lukis Negara Malaysia ialah sebuah galeri seni awam di Kuala Lumpur, Malaysia. Galeri ini terletak di sepanjang Jalan Tun Razak, di pinggir utara pusat Kuala Lumpur. Ia terletak bersebelahan dengan Istana Budaya, yang merupakan tempat utama Malaysia untuk semua jenis teater termasuk teater muzikal, konsert klasik dan opera daripada persembahan tempatan dan antarabangsa. Sehingga hari ini, agensi seni ini, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dikenali sebagai "Balai Seni Negara".


Balai Seni Negara Sign


Seronoknya balai seni di sini, anda tak perlu bayar tiket masuk dan sangat luas ye dia ada bilik-bilik di sini dengan pelbagai dekorasi. Ada 3 level di sini, dan setiap level ada 2 bilik. Sebelum entrance pon ada bilik lukisan yang anda boleh teroka di sebelah kanan dan kedai jual buku di bahagian kiri.


Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Di bawah merupakan info tentang balai seni ini;

Koordinat            : 3.173686814842666, 101.70533329736689

Waktu buka         : 09.00 pagi - 5.00 petang

Hari buka            : Setiap Hari



Selepas kami scan pendaftaran online, kami terus teroka setiap bilik2 yang ada. Selain dari mempamer dan mengumpul koleksi, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) juga menyediakan kemudahan Pusat Sumber Rujukan Seni. Di sini terdapat lebih dari 4500 buah buku mengenai seni terbitan tempatan dan luar negara. Lebih kurang 500 biodata artis (artists) tempatan yang berdaftar, Juga terdapat koleksi kertas penyelidikan, rujukan akbar digital dan juga tempat untuk berdiskusi. Selain daripada itu, 5 stesyen capaian internet juga disediakan dengan kadar bayaran yang minimum.

Pusat Sumber LPSVN menyediakan kemudahan rujukan bahan dalam bidang seni tampak dan luar negara bagi para penyelidik dan pengikut seni tampak. Koleksi Pusat Sumber ini terdiri daripada bahan terbitan yang diterbit pada awal tahun 1960-an hingga yang terkini. Selain daripada itu, biografi pelukis terkenal tempatan dan keratan akhbar berkenaan bidang seni tampak negara juga merupakan antara koleksi berharga yang tersimpan di Pusat Sumber LPSVN.

Pusat Sumber juga dilengkapi dengan kemudahan mengakses Internet untuk kemudahan pencarian bahan kepada para penggunanya. Selain daripada itu, Pusat Sumber juga menyediakan kemudahan pencarian bahan secara web based kepada pengguna. Kini para pengguna boleh membuat pencarian bahan dan maklumat hanya melalui akses Internet di mana sahaja mereka berada.

Para pengunjung LPSVN adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke Pusat Sumber untuk memahami dengan lebih jelas lagi aliran seni tampak. Pihak Pusat Sumber bersedia membantu anda untuk mengetahui perkembangan seni tampak dalam dan luar negara.


Gambar:










        Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.



Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Koleksi            : 5/5                                         Tiket Parking      :  Tiada bayaran

Kebersihan      : 5/5                                          Yuran tandas       : Tiada bayaran

Fasiliti             : 4/5                                          Tiket Masuk       : Tiada bayaran

Keunikan         : 5/5                                  



Kemudahan lain  :

Tandas, Surau, Auditorium, Parking, Cafe

Blogspot berkaitan  :



Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah


https://youtu.be/cXUntkcB2Fo






No comments:

Post a Comment