Hi korang,
Selamat datang ke blogspot saya..Di mana di sini saya kongsikan tentang pengalaman saya travel di berlainan tempat. Mohon semua untuk follow page saya dan subscribe channel youtube saya. Semoga anda terhibur.
Ads
Zoo Taiping, Perak, MY || Harga Tiket || Waktu dan Hari Operasi || Activity Vlog ||
Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Zoo Taiping adalah taman zoologi yang terletak di Taiping, Perak. Ditubuhkan pada tahun 1961, Zoo Taiping adalah taman binatang tertua di Malaysia. Ia juga mempunyai safari malam. Sebagai satu-satunya zoo binatang di Utara Malaysia, ia cenderung menerima sebilangan besar pengunjung di sini. Oleh kerana zoo binatang ini juga dibuka pada waktu malam, beberapa aksi haiwan di pamerkan dan menempatkan spesies haiwan yang berlainan pada waktu siang dan malam.
Zoo Taiping & Night Safari
Pada 3 April 2021 yang lalu, Asz dan keluarga melawati Zoo Taiping atas permintaan anak buah untuk tengok haiwan yang ada di zoo dan mereka juga ingin menaiki buggy train. Kami bergerak dari Teluk Intan ke Taiping mengambil masa dalam tempoh 2 jam dan setengah, kemudian kami terus beratur dan membeli tiket masuk seperti gambar di bawah.
3 tiket dewasa dan 4 tiket kanak-kanak
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Selepas masuk, kami terus beratur untuk menunggu giliran menaiki buggy.
Menunggu pemandu buggy datang
Selepas naik buggy, kami dibawa pusing ke kawasan sekililing di zoo dan diberi sedikit briefing tentang haiwan-haiwan di sini. Disebabkan kami sampai di sebelah pagi, banyak haiwan yang masih tidur dalam jam 9 pagi. Kemudian apabila kami sampai di bahagian tengah zoo, kami di minta untuk turun dan menjelajah zoo tersebut sendiri dengan berjalan kaki. Sebelum tu, Asz kongsi sikit tentang info di zoo sini.
Koordinat : 4.855289080806611, 100.75100517511144
Keluasan : 34 ekar
Waktu buka : 8.30 am - 11.00 pm
Hari buka : Setiap Hari
Jumlah Haiwan : 180 spesies dengan 1300 Haiwan
Lepas je turun buggy, kami mula teroka dari bahagian kandang Gajah sampaila ke pintu masuk / keluar. Apa yang boleh Asz cerita dekat sini, haiwan dekat sini macam-macam jenis ada, ye la 180 spesies dan haiwan dia sihat-sihat belaka walaupun baru lepas PKP 2.0. Disebabkan banyak haiwan yang korang boleh jumpa dekat sini, Asz compile kan dalam video di bawah sekali. Lepas tawaf habis, kami pon tangkap gambar untu kenang-kenangan.
Penjara Taiping, Muzium Perak, Taman Tasik Taiping, Spritzer EcoPark, 5D Art Paradise Taiping, Old House Museum, Kota Ngah Ibrahim (Muzium Matang), Kuala Sepetang, Air Terjun Pecah Batu, Maxwell Hill Bukit Larut
No comments:
Post a Comment