Hi korang,
Selamat datang ke blogspot saya..Di mana di sini saya kongsikan tentang pengalaman saya travel di berlainan tempat. Mohon semua untuk follow page saya dan subscribe channel youtube saya. Semoga anda terhibur.
Ads
Taman Penyu Segari / Segari Turtle Sanctuary di Segari, Lumut, Perak, MY || Harga Tiket || Waktu dan Hari Operasi || Travel Vlog ||
Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Taman Penyu Segari ni tidak jauh dari Pulau Pangkor dan terletak di Segari, Lumut. Penyu di Malaysia ini masih biasa kerana mereka masih boleh dijumpai di beberapa tempat pengairan. Terdapat dua jenis penyu di Malaysia: penyu darat dan laut. Pantai Pasir Panjang berhampiran Segari adalah tempat pembiakan utama penyu ini di Perak. Oleh kerana penyu adalah spesies yang terancam, Jabatan Perikanan Malaysia telah menyiapkan sebuah projek untuk membantu penyu untuk bertahan dari ancaman kepupusan sejak tahun 1990.
Taman Penyu Segari di Perak
Pada 3 April 2021 yang lalu, Asz dan keluarga pergi ke Taman Penyu Segari selepas melawati Zoo Taiping (Blog yang lain), disebabkan anak buah nak tengok penyu yang ada kat sini. Maklumlah, kat zoo mana ada penyu. Dekat sejam setengah baru sampai sini dari Taiping.
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Pada petang sabtu, kami sampai di sini mengikut telunjuk waze. Sebelum sampai di Taman Penyu ini, anda akan nampak tempat untuk tengok anak bulan dekat sini.
Baitul Hilal, Tempat tengok anak bulan ketika bulan puasa
Kemudian, kami pon singgah sekejap di pantai yang bersih di sebelah taman ini. Disebabkan pasir pantai di sini amat halus, pohon yang merimbun dan kawasan yang bebas daripada gangguan telah menjadikan Pantai Pasir Panjang lokasi yang ideal untuk penyu datang bertelur. Dianggarkan 90% penyu yang merentasi ombak kuat untuk datang ke sini adalah spesis Penyu Agar dan Penyu Lipas. Penyu-penyu yang datang ke sini mendarat pada sekitar bulan Mac hingga Julai setiap tahun.
Pantai Pasir Panjang, Segari
Selepas hirup udara segar di sini, kami terus masuk ke Taman penyu tanpa bayaran masuk. Tempat pertama yang kami terjah ialah galeri penyu. Dalam galeri ni ada penyu yang diawetkan dan info berkaitan penyu-penyu di sini. (Boleh tengok di youtube Asz). Di bawah ialah serba sedikit info tentang taman penyu di sini.
Koordinat : 4.363705068058656, 100.58152844104312
Keluasan : 0.1 ekar
Waktu buka : 8.00 am - 5.00 pm
Hari buka : Setiap Hari
Ada beberapa peringkat pembesaran penyu di sini. Korang boleh scroll ke bawah untuk tengok:
Peringkat 1 (Penetasan Telur)
Peringkat 2 - Kolam Kecil
Peringkat 3 - Kolam Sederhana
Peringkat 4 - Kolam Besar
Jenis-jenis penyu yang ada di Malaysia ialah:
Nama Tempatan : Penyu Agar
Nama Inggeris : Green Turtle
Nama Saintifik : Chelonia mydas
Nama Tempatan : Penyu Lipas
Nama Inggeris : Olive-ridley Turtle
Nama Saintifik : Lepidochelys olivacea
Nama Tempatan : Penyu Pipih
Nama Inggeris : Flatback Turtle
Nama Saintifik : Natator depresus
Nama Tempatan : Penyu Kempi
Nama Inggeris : Kemp's ridley Turtle
Nama Saintifik : Lepidochelys kempii
Nama Tempatan : Penyu Tempayan
Nama Inggeris : Longerhead Turtle
Nama Saintifik : Caretta caretta
Nama Tempatan : Penyu Karah
Nama Inggeris : Hawksbill Turtle
Nama Saintifik : Eretmochelys imbricata
Nama Tempatan : Penyu Belimbing
Nama Inggeris : Leatherback Turtle
Nama Saintifik : Dermochelys coriacea
Waktu Asz melawat taman penyu di sini, ada pembangunan baru di buat mungkin akan ada muzium pameran penyu pada masa akan datang. Agak besar ye bangunan dia. Mungkin selepas ini akan ada pula bayaran untuk masuk. Dan waktu pertama kali Asz datang ke sini kolam kura-kura masih ada, tapi sekarang sudah tiada. Mungkin selepas penambah baikan tempat ini telah siap, Asz akan kunjung tiba lagi.
Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.
Review daripada Asz: Pembayaran tiket:
Pemandangan : 4.5/5 Tiket Parking : Tiada
Kebersihan : 4/5 Yuran tandas : Tiada
Fasiliti : 3.5/5 Tiket masuk : Tiada
Kemudahan lain :
Tandas, Kedai Cenderahati
Tempat menarik di sekeliling :
Taman Monyet/ Taman Paya Bakau Desa Manjung Raya, Pulau Pangkor, Lumut Waterfront, Marina Island, Teluk Batik, Bukit 300, Muzium Beruas, Air Terjun Ulu Licin, Teluk Rubiah, Bukit Engku Bungsu
No comments:
Post a Comment