Hi korang,
Selamat datang ke blogspot saya..Di mana di sini saya kongsikan tentang pengalaman saya travel di berlainan tempat. Mohon semua untuk follow page saya dan subscribe channel youtube saya. Semoga anda terhibur.
Ads
Taman Eko-Rimba Kuala Lumpur / KL Forest Eco Park, Kuala Lumpur || Harga Tiket || Waktu dan Hari Operasi || Activity Vlog ||
Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Tahu tak korang yang di tengah-tengah bandar KL terdapat hutan hujan simpan yang boleh korang hiking atau fun walk iaitu Taman Eko-Rimba Kuala Lumpur. Jom baca apa yang Asz 'story telling' sikit kat bawah ni.
Pintu Hadapan Taman Eko Rimba Kuala Lumpur
Pada 28 March 2021 yang lalu, Asz dan rakan sekerja cuba cari tempat untuk santai dan rehatkan mata. Al-maklumlah dah lama terkurung dan tak tengok alam semulajadi. Terjumpalah, KL Forest Eco-Park yang terletak dai Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur. Hutan hujan ini adalah salah satu daripada 3 hutan di Kuala Lumpur dan dikatakan bahawa KL satu-satunya bandar di dunia yang masih mempunyai hutan dara di tengahnya. Ia adalah salah satu yang tertua dan dikelilingi oleh hutan konkrit dalam bentuk bangunan dan pencakar langit.
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Pada awal pagi sabtu, kami berkumpul di sini dan taman ini buka seawal 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. Setelah sampai kami pon bayar parking menggunakan 'touch and go'. Parking di sini dibayar mengikut jam dan agak mahal ye. Kemudian, untuk masuk ke dalam taman kami perlu bayar RM 10.00 satu kepala dan diberi gelang bukti dan dipakaikan di pergelangan tangan.
Untuk bayaran kategori lain korang boleh baca gambar di bawah.
Paling menarik ialah dapat berjalan di atas titi gantung
Istimewanya di sini, selain hiking, camping dan canopy walking, di sini anda juga boleh menikmati pandangan dari atas kota raya Kuala Lumpur apabila anda berjalan sepanjang titi gantung ini. Ianya amat stabil dan kukuh, sesuai untuk semua BMI. Cuma anda perlu menaiki tangga sebelum sampai ke atas menara ini. Canopy walk di sini ada 9 menara dari abjad B sampai J, setinggi 200 meter dan lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Apa pon memang berbaloi datang ke sini, boleh selfie banyak gambar dan lalui pelbagai trail.
Review daripada Asz: Pembayaran tiket:
Kesukaran : 3/5 Tiket masuk : RM 10 untuk dewasa
Pemandangan : 4/5 Tiket Parking : Mengikut jam
Kebersihan : 5/5 Yuran tandas : Tiada
Fasiliti : 4/5
Sewa Tapak di Taman Eko-Rimba KL
CitizenNon-Citizen
(a) Camp plot - RM 10.00 per day vs RM 40.00 per day
(b) Hall - RM 100.00 per day vs RM 200.00 per day
(c) Field - RM 200.00 per day vs RM 400.00 per day
(d) Square site - RM 500.00 per day vs RM 1,000.00 per day
Kemudahan lain :
Chalet, Dewan, Camping Base, Surau
Tempat menarik sekeliling :
Upside Down House KL, Mini Zoo KL, KL Tower, Blue Coral Aquarium KL
No comments:
Post a Comment