Hi korang,
Selamat datang ke blogspot saya..Di mana di sini saya kongsikan tentang pengalaman saya travel di berlainan tempat. Mohon semua untuk follow page saya dan subscribe channel youtube saya. Semoga anda terhibur.
Ads
Hiking di Bukit 2 Ringgit/Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, MY || Activity Vlog ||
Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Bagi penduduk Rawang, bukit di sini merupakan salah satu tempat untuk berekreasi hujung minggu dan sesuai untuk semua faktor umur. Di sini sesuai untuk aktiviti hiking, walking, dan running. Nak tau apa yang ada di bukit ni jom scroll ke bawah.
Puncak Bukit 2 Ringgit
Seperti biasa pada awal pagi sabtu, kami bergerak dari rumah ke sini dalam 1 jam sahaja. Kami sampai dalam jam 8.30 pagi dan sampai2 sahaja terus mencari parking di bahu jalan sebelum ke jalan masuk. Parking di sini agak limited dan bersebelahan dengan jalan raya besar, namun anda jangan risau kerana luas parking dia agak besar dan tidak membahayakan kereta anda.
Jalan Masuk
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Info tentang Bukit 2 Ringgit Trail ini ialah:
Koordinat : 3.40475390868135, 101.57597558810154
Ketinggian : 250 meter
Trail : 2 km
Kesukaran : Mudah
Trail di sini pendek sahaja dan jangka masa hiking lebih kurang 30 minit sahaja untuk naik dan turu. Di sini, kami memilih untuk naik di tempat lain dan turun di tempat lain. Anda boleh menonton di video bawah untuk laluan trail.
Antara gambar2 yang sempat kami tangkap di sini:
Sampai sini sahajalah coretan Asz, kalau ada soalan boleh tulis di komen di bawah. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment