Hi korang,
Selamat datang ke blogspot saya..Di mana di sini saya kongsikan tentang pengalaman saya travel di berlainan tempat. Mohon semua untuk follow page saya dan subscribe channel youtube saya. Semoga anda terhibur.
Ads
Hiking di Bukit Sg Long, Kajang, Selangor, MY || Activity Vlog ||
Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Bukit Sungai Long Trail adalah satu kawasan hiking yang sangat best kerana mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk bergambar dan berekreasi. Antaranya ialah air terjun, tasik bewarna hijau, puncak untuk melihat matahari terbenam dan puncak taman. Di sini sesuai untuk aktiviti hiking, walking, running dan nature trips. Nak tau apa yang ada jom scroll ke bawah.
Puncak Bukit Sg Long
Seperti biasa pada awal pagi sabtu, kami bergerak dari rumah ke sini dalam 45 minit sahaja. Kami sampai dalam jam 8.00 pagi dan sampai2 sahaja terus mencari parking tanpa bayaran. Di sini, laluan dia sangat senang jika anda skip terus ke hill ke 4 - Garden Peak, jadi untuk lebih adventurous korang boleh ikut trail satu2. Di pintu masuk ada ramai peniaga chinese dan indian yang menjual buah-buahan dan makanan.
Laluan Masuk Bukit Sg Long
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Info tentang Bukit Kiara Trail ini ialah:
Koordinat : 3.05589583290617, 101.81171841918815
Ketinggian : 480 meter
Trail : 7.9 km
Kesukaran : Pertengahan
Laluan hiking di sini ada empat, seperti di bawah
1) Laluan 1 - Waterfall
2) Laluan 2 - Hard Trail
3) Laluan 3 - Sunset Peak
4) Laluan 4 - Garden Peak
+ Green Lake
Antara koleksi gambar yang korang boleh ambil di sini:
Sampai sini sahajalah coretan Asz, kalau ada soalan boleh tulis di komen di bawah. Terima Kasih.
Review daripada Asz: Pembayaran tiket:
Kesukaran : 4.5/5 Tiket masuk : Tiada
Pemandangan : 5/5 Tiket Parking : Tiada
Kebersihan : 5/5
Fasiliti : 3/5
Tempat menarik berdekatan :
Lake Valley, Sg lalang Hot Spring, Bukit Saga, Bukit Broga, Setia Ecohill Park, Zoo Negara
No comments:
Post a Comment