Hi korang,
Selamat datang ke blogspot saya..Di mana di sini saya kongsikan tentang pengalaman saya travel di berlainan tempat. Mohon semua untuk follow page saya dan subscribe channel youtube saya. Semoga anda terhibur.
Ads
Hiking di Bukit Sapu Tangan/Mirror Lake/Bukit Pasir, Shah Alam, Selangor, MY || Activity Vlog ||
Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Tasik Cermin atau Mirror lake memang port yang popular untuk mereka yang suka berekreasi di Selangor. Di sini, ia bukan sahaja ada Tasik Cermin, tapi ia juga ada Bukit Sapu Tangan Peak (Tower Peak, dibenarkan masuk jika ada permit), Bukit Pasir (Peak Garden), Bukit Budiman (Alam Budiman Trail), Bukit Bandaraya Shah Alam, Tasik SACF, dan Rock Garden. Bukit Sapu Tangan ni agak luas, dan korang boleh tengok map di bawah:
Peta Lokasi
Disebabkan tempat ini viral, kami pon mencuba nasib untuk datang pada 9/10/2021 seawal jam 7.00 pagi. Namun, sampai2 sahaja, parking semua penuh dan ramai hikers sudah ada di sini. Kami pon terpaksa parking di bahu jalan (malangnya kena saman MBSA sebanyak 60 ringgit). Kemudian, kami terus mencari pintu masuk dan scan my sejahtera, kami mengikut trail yang sama untuk pergi dan balik. Di sepanjang trail ada sahaja mereka yang meniaga menjual air minuman sejuk dan mineral.
Kami mengikuti Setia Alam Trail -> 4 Junction -> The Wall -> Peak Garden -> The Wall -> 4 Junction -> Station C -> Station B -> Station B1 -> Station A -> Mirror Lake -> 4 Junction -> Setia Alam Trail
Hahahha, agak pening ye kami explore tempat nie, demi mencari apa yang ada di setiap peak.
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Nak senang korang tengok sahaja peta lokasi dan ikut trail mana yang korang nak lalu, dan jangan ikut kami sampai sesat dan berejam-jam di bukit ini. Nasib kami tak jelajah sampai ke Bukit Budiman dan Bukit Bandaraya Shah Alam. Kalau tak seharian kami di sini. Apa-apa pon ianya pengalaman yang terbaik untuk kami kerana dapat explore apa yang ada. Di bawah Asz selitkan apa yang ada;
The Wall view
Bukit Pasir / Peak Garden
Station B1
Mirror Lake
Sampai sini sahajalah coretan Asz, kalau ada soalan boleh tulis di komen di bawah.
Review daripada Asz: Pembayaran tiket:
Kesukaran : 4/5 Tiket masuk : Tiada
Pemandangan : 4/5 Tiket Parking : Tiada
Kebersihan : 4.5/5
Fasiliti : 2/5
Tempat menarik berdekatan :
Elmina Central Park, Port Klang Mural Art, Sunway Wildlife Park, Taman Paya Bakau Kampung Sijangkang, Taman Tasik Cyberjaya
No comments:
Post a Comment