Ads

Hiking di Sg Kedondong Waterfall di Batang Kali - Genting Highland, Selangor, MY || Activity Vlog ||

Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Korang tau tak di Batang Kali, terdapat satu spot yang menarik untuk korang beriadah kerana air dia sangat sejuk, bersih dan tak ramai orang ke sini kerana agak jauh dari bandar. Sungai Kedondong atau Lata Kedondong terletak di sempadan Batang Kali dan Genting Highland, di sini anda boleh beriadah, mandi-manda, picnic, hiking dan besantai.


Pemandangan Air Terjun di Sg Lepoh


Macam biasa tiap minggu Asz dengan kawan hiking cari tempat untuk hiking. Jadi, port sini dipilih kali ini sebab kami boleh hiking, berkelah dan mandi manda pada 22 November 2021 yang lalu.


Jalan Masuk ke Hiking/Air Terjun bahagian atas

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Info tentang Sg Lepoh Waterfall ini ialah:

Ketinggian   : 367 meter

Trail             : 2 km 

Koordinat     : 3.430714031934056, 101.73050873157584

Kesukaran    : Mudah


Parking di sini limited tapi boleh muat dalam 50 kereta. Selepas selesai parking, kami terus scan my sejahtera di jalan masuk. Di bahagian parking, ramai peniaga yang menjual makanan, pakaian atau alatan renang untuk mereka yang ingin membeli. Ada yang menjual bebola, lemang, nasi lemak, goreng2 dan pakaian renang.




Tandas


Masuk-masuk sahaja ke kawasan sini sudah nampak anak sungai yang jernih dan sejuk. Di bahagian bawah anak sungai agak ramai kerana ramai yang malas untuk ke atas. Sungainya cetek sahaja di bahgaian bawah, sesuai untuk family gathering dan ramai pengunjung berkelah di sepanjang sungai. Kemudian, kami terus melalui trail seperti di atas dan mencari spot yang terbaik untuk beriadah. 





Port sini ada tempat letak barang dan ada tikar getah di reserve kan di sini. Untuk gambar lain2 kami snap seperti di bawah:










Sampai sini sahajalah coretan Asz, kalau ada soalan boleh tulis di komen di bawah. Terima Kasih.



Review daripada Asz:                                               Pembayaran tiket:

Kesukaran       : 3/5                                                Tiket masuk    : Tiada

Pemandangan : 4/5                                                Tiket Parking  :  Tiada

Kebersihan     : 4/5                                                 Yuran tandas   : Tiada

Fasiliti            : 4/5                                                    


Tempat menarik berdekatan :

Bukit Kutu, Cherandong Waterfall, Lata Medang, Genting Highland, Bukit Tinggi, Setinggi Waterfall, Serendah Waterfall

Blogspot Berkaitan  : 


Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah







No comments:

Post a Comment