Ads

Hiking di Bukit Broga, Semenyih, Selangor, MY || Activity Vlog ||

Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Bukit Broga merupakan kawasan hiking yang popular bagi semua hikers di Malaysia. Di mana di sini anda akan jumpa satu-satunya track untuk pergi dan balik. Di sini sesuai untuk aktiviti hiking, walking, bird watching dan running. Nak tau apa yang ada di bukit ni jom scroll ke bawah. 


Puncak Bukit Broga


Seperti biasa pada awal pagi sabtu, kami bergerak dari rumah ke sini dalam 50 minit sahaja. Kami sampai dalam jam 7.45 pagi. Di mana parking di sini ada dua berbayar dan tidak. Untuk berbayar adalah di kawasan tanaman pokok sawit dan yang percuma di Signboard Broga Hill.

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Info tentang Bukit Broga ini ialah:

Koordinat     : 2.977716254097892, 101.89973415023005

Ketinggian   : 247 meter

Trail Length : 3.2 km 

Kesukaran    : Sederhana


Pastikan anda mengikut gps koordinat yang diberi untuk laluan masuk dan parking. Untuk laluan di sini, apabila anda jumpa auntie di bahagian pintu gerbang di sarankan untuk ikut laluan terus, kerana jika anda lalui kawasan auntie tersebut anda perlu membayar RM 5 lagi walaupon katanya laluan beliau lebih dekat. Disarankan untuk ikut laluan terus dan view lebih nice serta mencabar berbanding laluan auntie tersebut.

Antara gambar2 yang sempat kami tangkap di sini:
























Sampai sini sahajalah coretan Asz, kalau ada soalan boleh tulis di komen di bawah. Terima Kasih.




Review daripada Asz:                                           Pembayaran tiket:

Kesukaran       : 4/5                                               Tiket permit    : RM 5.00 per person

Pemandangan : 5/5                                               Tiket Parking  : Termasuk tiket permit

Kebersihan     : 5/5      

Fasiliti            : 4/5                                                    


Blogspot Berkaitan  : 



Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah






No comments:

Post a Comment