Hi korang,
Selamat datang ke blogspot saya..Di mana di sini saya kongsikan tentang pengalaman saya travel di berlainan tempat. Mohon semua untuk follow page saya dan subscribe channel youtube saya. Semoga anda terhibur.
Ads
Hiking di Bukit Cerakah Trailhead (Bukit Botak) di Puncak Alam, Selangor, MY || Activity Vlog ||
Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Harini Asz nak kongsi pengalaman Hiking di Bukit Cerakah, Puncak Alam, Selangor. Jom baca!
Pemandangan Bukit Botak di atas Bukit Cerakah
Asz nak kongsi pengalaman hiking di Bukit Cerakah di Puncak Alam, Selangor bersama kawan hiking Asz pada 18 September 2021.
Sebelum itu, jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Pada awal pagi sabtu, kami berkumpul di Kelana Jaya sebelum bergerak ke Puncak Alam pada jam 7.00 pagi. Kemudian, jam 7.30 pagi kami konvoi tiga kereta dari Kelana Jaya dan sampai di Bukit Cerakah Puncak Alam jam 8.45 pagi. Perjalanan kami mengikuti telunjuk waze dan apabila sampai kami terus parking kereta di sisi bahu jalan secara percuma.
Info tentang Bukit Cerakah ini ialah:
Ketinggian : 214 meter
Trail : 3.5 km dan lebih (bergantung kepada jenis trail)
Koordinat : 3.23106, 101.40439
Kesukaran : Mudah ke Sederhana
Selit gambar kami sikit
Trail di sini mempunyai 5 checkpoints, untuk mereka yang pertama kali ke sini boleh menggunakan checkpoint ini sebagai penanda arah.
Checkpoint 1) Entrance - Oil Palm Trails
Checkpoint 2) TNB Electrical Substantial
Checkpoint 3) Paet Camp
Checkpoint 4) Peak of Bukit Cerakah - Signboard area
Checkpoint 5) Bukit Botak
Kemudian, setelah kami habis bergambar dan hiking ke last checkpoint kami turun melalui trail yang sama dan sehinggalah ada pecahan 2 trail, kami cuba untuk mengambil New Zealand Trail sebagai alternatif.
Rupa-rupanya ia merupakan trail untuk bikers dan agak mencabar kerana di kawasan sini hanya mempunyai lalang dan tiada pokok untuk berteduh di sebahagian trail tersebut. Di trail ini mempunyai port menarik jugak untuk bergambar.
Dan kemudian, trail ini terus tembus ke checkpoint no 2 dan kami turun mengikut track yang asal. Saranan Asz, kalau ingin lalu trail New Zealand hanyalah pada waktu awal pagi sahaja kerana cuaca yang terik boleh merencatkan hiking anda. Apa-apa pon pemandangan di sini amat cantik dan apabila anda di atas puncak bukit walaupon panas, angin sejuk dapat membuat anda rasa tenang dan sangat berbaloi. Di sini anda boleh mengambil banyak gambar yang cantik-cantik. (Sila rujuk slideshow di hujung youtube di bawah).
Review daripada Asz: Pembayaran tiket:
Kesukaran : 3/5 Tiket masuk : Tiada
Pemandangan : 4.5/5 Tiket Parking : Tiada
Kebersihan : 5/5 Yuran tandas : Tiada tandas
Fasiliti : 0/5
Tempat menarik berdekatan :
Kuala Selangor Cabin Camp, Shah Alam Community Forest Trailhead, Bukit Sapu Tangan, Peak Garden Setia Alam Trail, Elmina
No comments:
Post a Comment