Ads

Hiking di Taman Tugu Trail Kuala Lumpur || Taman Tugu Negara Kuala Lumpur || Activity Vlog ||

Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Dengar je Taman Tugu Negara Kuala Lumpur, mesti korang ingat tentang sejarah para pahlawan negara suatu ketika dahulu dalam menjaga keamanan negara. Namun, berdekatan taman ini, terdapat juga trail untuk korang hiking dan ianya amat sesuai untuk semua lapisan umur kerana trailnya yang mudah dan tidak terlampau curam.


Tugu Negara


Macam biasa tiap minggu Asz dengan kawan hiking cari tempat untuk hiking. Kami gerak dari Petaling Jaya jam 7.00 pagi dan sampai di trail jam 7.30 pagi. Sampai-sampai sahaja kami cari site untuk parking di sebelah Taman Tugu Negara dan tiada bayaran perlu di buat. Kemudian, kami berjalan kaki untuk sampai ke trail dan perlu beratur panjang sebelum masuk kerana limit untuk masuk adalah 100 pax per entry.



Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Ramai juga hikers yang datang di sini kerana trailnya yang mudah dan sesuai untuk pemula. Sampai sahaja di sini Asz terus ambil gambar di pintu masuk seperti di bawah.

Pintu Masuk Taman Tugu Trail


Info tentang Taman Tugu Trail ini ialah:

Ketinggian   : 111 meter

Trail             : 3.1 km (Primary Trail), 7 km (Secondary Trail) 

Koordinat     : 3.152142719558352, 101.6834845155854

Kesukaran    : Mudah

Waktu Buka : 7.00 am - 6.30 pm

Hari Buka    : Setiap Hari


Selepas kami berjaya menunggu giliran kami dalam 30 minit, kami terus scan my sejahtera di pintu masuk dan menunjukkan dose vaksin kami kepada guard di situ. Di sini tiada orang menjual sarapan pagi atau kemudahan tandas, namun ada sebuah gerai yang korang boleh beli air sejuk, air mineral, cenderahati, dan sebagainya yang di jaga salah sorang pengawal di situ. Ada juga tabung yang korang boleh sumbang di gerai tersebut.

Masuk-masuk sahaja ke pintu gerbang, kami terus terlihat kehijauan hutan simpan tersebut dengan pelbagai pokok dan herba di tanam beserta papan tanda informasi tentang jenis pohon yang di tanam. Di sini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk berekreasi sambil belajar di Kuala Lumpur selain Taman Eko Rimba KL. Sesuai untuk mereka yang suka explore dan belajar dalam masa yang sama.



Papan Tanda Info tentang Indian Oak Tree

Seterusnya, kami sampai di kawasan-kawasan yang menarik untuk bergambar seperti di bawah, kami ikut trail yang mana rasa kami nak lalu tak seperti apa yang dirancang awal.









Selepas kiteorang puas teroka semua trails, kite org pon sampai lah di pintu keluar. Keluar sahaja terus jumpa gerai yang Asz cerita tadi, dan harga dia pon boleh tahan. Di luar trail tersebut kami pon sempat bergambar dan ambil beberapa info tentang taman tugu trail ini.




Peta Lokasi




Dan selepas habis bergambar, kami terus ke Tugu Negara untuk bergmbar lagi..hehehe, di sini kena follow SOP, scan my sejahtera dan pakai mask. Di sini dia ada







Sampai sini sahajalah coretan Asz, kalau ada soalan boleh tulis di komen di bawah.



Review daripada Asz:                                           Pembayaran tiket:

Kesukaran       : 3/5                                                Tiket masuk    : Tiada

Pemandangan : 3.5/5                                              Tiket Parking  :  Tiada

Kebersihan     : 5/5                                                 

Fasiliti            : 3/5                                                    


Tempat menarik berdekatan :

Upside Down House KL, Mini Zoo KL, KL Tower, Blue Coral Aquarium KL

Blogspot Berkaitan  : 


Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah






No comments:

Post a Comment