Ads

Hiking di Sg Pisang Waterfall di Gombak, Kuala Lumpur, MY || Activity Vlog ||

 Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

 Kali ni Asz nak kongsi pengalaman Hiking di Sg Pisang Waterfall, Gombak, Kuala Lumpur.


Pemandangan Air Terjun di Sg Pisang



Dengar je yang tempat rekreasi boleh buka, Asz dan kawan-kawan hiking terus pilih Sg Pisang Trailhead sebagai port pertama hiking di Selangor pada 11 September 2021. 

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Pada awal pagi sabtu, kami berkumpul di Kelana Jaya sebelum bergerak ke Sg Pisang di Jalan Gombak Lama pada jam 7.00 pagi. Kemudian, jam 7.30 pagi kami konvoi dua kereta dari Kelana Jaya dan sampai di Sg Pisang pada jam 8.30 pagi. Perjalanan kami mengikuti telunjuk waze dan apabila sampai kami terus cari parking kereta dan bayaran setiap kereta adalah RM 5.00. 

Malangnya, apabila kami cari parking tiada bahagian yang kosong dan kami terpaksa keluar balik ke jalan utama dan parking di bahu jalan besar. Kami cuba untuk dapatkan refund tapi tidak di layan. Dan
selepas dapatkan parking kereta, kami berjalan kaki ke pintu masuk utama.


Gambar selfie di jalan sebelum ke pintu masuk


Info tentang Sg Pisang Waterfall ini ialah:

Ketinggian   : 174 meter

Trail             : 3.1 km dan lebih (bergantung kepada jenis trail)

Koordinat     : 3.306267, 101.7352019

Kesukaran    : Mudah



Selit gambar kami sikit


Selepas kami scan my sejahtera di pintu masuk, kami perlu membayar yuran masuk RM 1.00 satu kepala. Di bahagian hadapan ramai peniaga yang menjual makanan, jadi, anda tak perlu risau kalau tiada bawa makanan kerana pelbagai jenis sarapan pagi pasti boleh beli di sini. Istimewanya hiking di sini, kami perlu daki melawan arus sungai dan ada di sesetengah trail kami terpaksa melalui sungai itu sendiri. Jadi pastikan anda membawa selipar atau kasut yang kalis air untuk mengelakkan kerosakkan pada kasut anda. 


Setelah beberapa minit kami berjalan, kami tiba di terowong berkembar untuk bergambar. Untuk makluman, terowong ini merupakan culvert kepada Karak highway. Jadi, port sini memang viral untuk  bergambar.



Kemudian, setelah kami habis bergambar, kami ikut penanda arah yang diikat pada batang pokok sebagai trail yang patut kami lalui sehinggalah kami tiba di puncak Air Terjun seperti gambar di bawah.


Terlalu ramai orang dan kami tak mandi di area sini


Seterusnya, kami hiking terus ke puncak paling atas untuk melihat port air terjun lagi. Di atas, ada bahagian untuk camping dan berkelah. Dan anda harus naik ke atas sekali kerana dia atas mempunyai banyak kawasan yang ada boleh lepak atau bbq. (Sila rujuk video youtube di bawah)


Selepas kami berkelah, kami turun mengikut trail yang berlainan. Kami lalui highway dan tembus ke terowong berkembar seperti gambar di bawah. Kemudian, kami berhenti berehat dan mandi seketika. Air terjun di sini agak kurang sejuk mungkin kerana jumlah orang yang hadir agak ramai. Sepanjang sungai ada sahaja orang berkelah, jadi kami terpaksa menyelit di kawasan yang boleh berhenti seketika. 




Dan selepas mandi, kami terus pulang. Pemandangan air terjun di sini amat cantik dan setiap trail dikelilingi pokok hutan yang besar jadi anda tidak terasa panas. Anda juga tidak rasa untuk berpeluh kerana anda akan melalui anak-anak sungai dan rasa kesejukan air tersebut sambil mendaki. Di sini anda boleh mengambil banyak gambar yang cantik-cantik. (Sila rujuk slideshow di hujung youtube di bawah).


Review daripada Asz:                                               Pembayaran tiket:

Kesukaran       : 2/5                                                  Tiket masuk    : RM 1.00 satu kepala

Pemandangan : 4.5/5                                                Tiket Parking  :  Tiada

Kebersihan     : 3.5/5                                                 Yuran tandas   : RM 1.00 per entry

Fasiliti            : 3/5                                                    


Kemudahan lain  :

Chalet, Camping Base, Food & Drinks, Tandas




Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah

Version 1




Version 2




No comments:

Post a Comment