Hi korang,
Selamat datang ke blogspot saya..Di mana di sini saya kongsikan tentang pengalaman saya travel di berlainan tempat. Mohon semua untuk follow page saya dan subscribe channel youtube saya. Semoga anda terhibur.
Ads
Hiking di Bukit 300, Teluk Batik, Manjung, Perak, MY || Activity Vlog ||
Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Bukit 300 ini terletak bersebelahan sahaja dengan Pantai Teluk Batik. Di mana kalau korang masuk simpang Teluk Batik, korang akan nampak di sebelah kiri permulaan pendakian bukit. Di bawah gambar puncak bukit:
Puncak Bukit 300
Kali ni Asz bergerak sorang sahaja disebabkan abang Asz last minit tak sihat, jadi Asz bergerak dari Teluk Intan pada pukul 6.30 pagi dan sampai dalam pukul 7.25 pagi. Sampai sahaja, Asz terus mencari parking. Jangan risau parking banyak di sini dan ianya percuma. Cuma kena sampai awal untuk mengelakkan kesesakan orang ramai pergi ke pantai teluk batik. Asz hiking di sini pada 17.10.2021.
Laluan masuk dari bahagian Teluk Batik
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Asz share sikit tentang info kawasan sini
Info tentang Bukit 300 Trail ini ialah:
Ketinggian : 311 meter
Trail : 5.4 km
Koordinat : 4.193270690093649, 100.60888027196329
Kesukaran : Pertengahan
Dekat sini dia ada 9 checkpoints so korang takde la sesat kalau naik bukit sini. Kat bawah gambar papan tanda setiap checkpoints:
9/9
Dekat sini ada banyak laluan, tapi yang orang selalu guna ialah carpark trail. Nak tau trail lain korang tengok gambar di bawah:
CarPark Trail (Laluan di Youtube)
Kerusi Panjang Trail
3 Beradik Trail
Laluan Mountain Bike
Papan tanda tentang Bukit 300
Sampai sini sahajalah coretan Asz, kalau ada soalan boleh tulis di komen di bawah. Terima Kasih.
Review daripada Asz: Pembayaran tiket:
Kesukaran : 3.5/5 Tiket masuk : Tiada
Pemandangan : 3/5 Tiket Parking : Tiada
Kebersihan : 4/5
Fasiliti : 2/5
Tempat menarik berdekatan :
Taman Monyet/ Taman Paya Bakau Desa Manjung Raya, Pulau Pangkor, Lumut Waterfront, Marina Island, Teluk Batik, Muzium Beruas, Air Terjun Ulu Licin, Teluk Rubiah, Bukit Engku Bungsu
No comments:
Post a Comment