Hi korang,
Selamat datang ke blogspot saya..Di mana di sini saya kongsikan tentang pengalaman saya travel di berlainan tempat. Mohon semua untuk follow page saya dan subscribe channel youtube saya. Semoga anda terhibur.
Ads
Hiking di Bukit Pau (Kemensah Trail), Ampang, Selangor, Malaysia || Activity Vlog ||
Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Bukit Pau Kemensah Trail merupakan kawasan yang dipenuhi tanah private orang asli terletak di Ampang, Selangor. Di sini sesuai untuk aktiviti hiking, walking, running, biking, ATV, camping, picnic, karaoke, fishing, swimming, & relaxing. Nak tau apa yang ada jom scroll ke bawah.
Puncak Bukit Pau
Seperti biasa pada awal pagi sabtu, kami bergerak dari rumah ke sini dalam 1 jam lebih juga mengikut trafik. Kami sampai dalam jam 8.40 pagi dan sampai2 sahaja terjumpa anak sungai, chalet, Air Terjun Mini Jeram, Air Terjun Batu Asah dan terus mencari parking. Parking di sini semua private, dan kadar harga untuk setiap lot adalah sama sebanyak RM 5. Jadi korang tak perlu side parking atau risau kereta kena denda ke apa. Sampai sahaja kami parking dan masuk entrance dia seperti di bawah:
Jalan Masuk ke Bukit Pau
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Info tentang Bukit Pau Trail ini ialah:
Koordinat : 3.227367714629263, 101.78154740608937
Ketinggian : 456 meter
Trail : 9.8 km
Kesukaran : Pertengahan
Kat sini dia ada banyak chalet yang korang boleh sewa, setiap chalet ada tempat untuk mandi (kolam/sungai yang boleh digunakan oleh penyewa). Kalau korang lalu off trail Kemensah memang akan nampak chalet2 ni dahulu baru jumpa trail ke Bukit Pau. Contoh chalet yang ada seperti di bawah:
Chalet Jinbara
Chalet Warisan Hati Rimba
Chalet Teratak Angah
Harga Sewa di Chalet Teratak Angah
Peta Kawasan Kem Isi Rimba
Dan selepas habis tawaf kawasan bawah, kiteorang start hiking dan sampailah ke dusun tok lee, di mana di sini dia ada gerai yang korang boleh minum2 sambil santai seperti di bawah.
Harga untuk makanan/minuman di sini
Air Kelapa Muda - RM 6
Air Rozzale - RM 5
Nasi Goreng, Mi Goreng, Mi Kuah, Kuew Tiaw - RM 3
Jeli Kelapa - RM 2.5
Sagu Ori - RM 2
Sagu Milky - RM 2.5
Dadih Cikidot - RM 2
Achori - RM 2
Biskut Oreo - RM 3
Gambar-Gambar di Dusun Tok Lee
Selain di atas, pemandangan yang menarik korang boleh snap di sini seperti gambar di bawah:
Puncak bukit
Di signboard Bukit Pau
Tasik
Sampai sini sahajalah coretan Asz, kalau ada soalan boleh tulis di komen di bawah. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment