Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Korang pernah Hiking di Sg Lepoh Waterfall, Hulu Langat, Selangor tak? Mesti korang rindu nak hiking lagi kat sini. Nak tau kenapa, sila baca sampai habis tau.
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Pada awal pagi sabtu, kami berkumpul di Kg Melayu Subang sebelum bergerak ke Sg Lepoh Waterfall pada jam 7.15 pagi. Kemudian, jam 7.45 pagi kami konvoi tiga kereta dari Kg Melayu Subang dan sampai di Sg Lepoh pada jam 9.30 pagi. Perjalanan kami mengikuti telunjuk waze.
Apabila kami sampai, kamu terus cari kawasan untuk parking kereta dan kemudian ada orang yangdatang untuk kutip bayaran sebanyak RM 5.00.
Ramai juga pengunjung yang datang di sini kerana banyak fasiliti disediakan seperti chalet, camping base, orang-orang menjual makanan, surau dan tandas. Sampai sahaja di sini Asz terus ambil gambar di Asli Adventure base camp seperti di bawah.
Info tentang Sg Lepoh Waterfall ini ialah:
Ketinggian : 436 meter
Trail : 6.9 km
Koordinat : 3.2211882, 101.8640646
Kesukaran : Sederhana
Selepas kami scan my sejahtera di pintu masuk, kami terus masuk ke trail yang sedia ada. Di sepanjang jalan masuk ke base camp ramai peniaga yang menjual makanan, jadi, anda tak perlu risau kalau tiada bawa makanan kerana pelbagai jenis sarapan pagi pasti boleh beli di sini. Di sini juga mempunyai tabung yang boleh anda sumbang.
Masuk-masuk sahaja ke kawasan sini sudah nampak anak sungai yang jernih dan sejuk. Sungainya cetek sahaja sesuai untuk family gathering dan ramai pengunjung berkelah di sepanjang sungai. Kemudian, kami terus melalui trail kawasan dusun buah-buahan ditanam penduduk orang asli di situ. Sehinggalah kami berada di tengah trail tersebut kami berhenti untuk mengambil gambar kenangan.
Seterusnya, kami sampai di kawasan yang mempunyai paip kosong dan apa lagi, bergambar kita.
Kemudian, setelah kami habis bergambar, kami di cabar untuk mendaki trail ini.
Bak kata orang, di sebalik kesusahan pasti ada keindahan. Jadi, selepas daki trail ini,kami tiba di puncak Air Terjun seperti gambar di bawah.
No comments:
Post a Comment