Hi korang,
Selamat datang ke blogspot saya..Di mana di sini saya kongsikan tentang pengalaman saya travel di berlainan tempat. Mohon semua untuk follow page saya dan subscribe channel youtube saya. Semoga anda terhibur.
Ads
Hiking di Bukit Saga, Ampang, KL, MY || Activity Vlog ||
Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Bukit Saga merupakan kawasan hiking yang popular di KL. Di mana di sini ada anak2 air terjun yang korang boleh jumpa sebelum ke air terjun utama. Aktiviti yang sesuai di bukit ini ialah hiking, walking, swimming dan relaxing. Nak tau apa yang ada di bukit ni jom scroll ke bawah.
Puncak Bukit Saga
Seperti biasa pada awal pagi sabtu, kami bergerak dari rumah ke sini dalam 45 minit sahaja. Kami sampai dalam jam 7.45 pagi. Di mana parking di sini anda boleh parking di taman berdekatan ataupon di mana kawasan yang sesuai.
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Info tentang Bukit Kembara ini ialah:
Koordinat : 3.1149492230295897, 101.77349648202146 (Via Taman Saga)
Ketinggian : 247 meter
Trail Length : 2.3 km
Kesukaran : Sederhana
Laluan Masuk akan nampak temple di dalam
Laluan bermula di Laluan Bukit Saga, dan merupakan gabungan Trek A, Trek B dan Trek C. Anda boleh pilih untuk lalui trek B atau C dimana B lebih mencabar. Laluan hiking disini agak mencabar kerana curam tetapi ada tangga buatan yang dibina. Laluan ini juga mungkin agak licin pada musim hujan. Terdapat anak tangga di laluan ini, dan tali bersimpul tersedia untuk membantu anda mendaki. Memandangkan trailhead berada di kawasan perumahan, kawasan parkir yang disyorkan adalah di sepanjang Jalan Saga 22 bersebelahan dengan taman permainan. Peringatan untuk anda membawa penghalau serangga dan juga memakai kasut hiking yang selesa.
Antara gambar2 yang sempat kami tangkap di sini:
Sampai sini sahajalah coretan Asz, kalau ada soalan boleh tulis di komen di bawah. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment