Ads

Hiking di Rimba Alam Denai, Putrajaya, MY || Activity Vlog ||

Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Perbadanan Putrajaya (PPj) menghidupkan kembali Taman Rimba Alam, Presint 15, Putrajaya dengan perasmian laluan jelajah (hiking trail) sebagai usaha untuk memaksimumkan pengalaman pelancong ke negeri itu. Presiden PPj, Datuk TPr Fadlun Mak Ujud berkata terdapat satu laluan baharu berkonsepkan jelajah denai semula jadi telah dibangunkan bagi membolehkan pengunjung terutama pada mereka yang menggemari aktiviti hiking merasai pengalaman baharu semasa menjejaki kawasan denai, pokok-pokok hutan, kawasan arboretum dan kawasan tadahan air.. Nak tau apa yang ada di bukit ni jom scroll ke bawah. 

Pendaftaran

Laluan Masuk 

Seperti biasa pada awal pagi sabtu, kami bergerak dari rumah ke sini dalam 45 minit (KL - Putrajaya). Kami sampai dalam jam 7.30 pagi. Di mana parking di sini anda boleh parking di tengah taman dan terus ke bahagian pendaftaran sebelum masuk ke trail.

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Info tentang Bukit ini ialah:

Koordinat     : 2.9377527136682144, 101.71953101272733

Ketinggian    : Tiada Peak

Trail Length  : 1.5 km 

Kesukaran    : Sederhana


        Terdapat empat laluan jelajah yang telah disediakan kepada pengunjung di Taman Rimba Alam. Pengunjung yang melalui laluan tersebut akan dapat menghayati keindahan pelbagai spesies pokok-pokok hutan hujan tropika yang terdiri daripada cengal, meranti merah dan buah-buahan asli tempatan. Selain itu, pengunjung bukan sahaja dapat menghayati suasana hutan hujan tropika malah boleh juga diberi pendedahan dengan nama-nama pokok terdiri daripada pelbagai spesies yang terdapat di taman tersebut.

        Antara kemudahan yang disediakan di taman ini kepada pengunjung adalah pavilion sebagai tempat berkumpul, tandas awam, kemudahan tempat letak kereta, tong sampah, papan tanda informasi, peta laluan, tempat duduk dan tempahan sewaan tapak bagi penganjuran program dan aktiviti turut dibuka kepada orang ramai.

Gambar di sini:








Sampai sini sahajalah coretan Asz, kalau ada soalan boleh tulis di komen di bawah. Terima Kasih.




Review daripada Asz:                                           Pembayaran tiket:

Kesukaran       : 3/5                                                 Tiket permit    : Tiada

Pemandangan : 2/5                                                   Tiket Parking  : Tiada
  
Kebersihan     : 4/5      

Fasiliti            : 3/5                                                    


Blogspot Berkaitan  : 



Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah

https://youtu.be/8rhRjtwoSgU





No comments:

Post a Comment