Hi korang,
Selamat datang ke blogspot saya..Di mana di sini saya kongsikan tentang pengalaman saya travel di berlainan tempat. Mohon semua untuk follow page saya dan subscribe channel youtube saya. Semoga anda terhibur.
Ads
Win Kraf Labu Sayong, Kuala Kangsar, Perak, MY || Activity Vlog ||
Hi selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Pengusaha labu sayong En Ridzuan Bin Hamli, 47 tahun, merupakan salah seorang pengusaha labu sayong di Kampung Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak. Perusahaan labu sayong yang dimiliki oleh beliau pada hari ini merupakan perusahaan turun temurun yang dimiliki oleh keluarganya. Sudah tiga generasi yang mewarisi pembuatan labu sayong dan beliau merupakan generasi yang ketiga. Pengusaha Win Kraf ini juga telah menghasilkan pelbagai jenis labu sayong di perusahaan beliau. Untuk lebih lanjut, korang boleh scroll di bawah:
Entrance Kedai
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Beliau pernah mengikuti beberapa kursus sama ada di dalam mahupun di luar negara bagi meningkatkan lagi kemahiran untuk menghasilkan labu sayong. Pada tahun 1990 beliau pernah ke Jepun bagi mempelajari teknik mereka bentuk dan pembakaran labu sayong selama setahun. Kini beliau mengusahakan perusahaan ini bersama isterinya, Sudiwati Binti Wajid, 39 tahun.
Antara labu sayong yang dihasilkan adalah seperti labu gelugor dan labu licin untuk menyimpan air. Selain itu, beliau juga ada menghasilkan beberapa produk lain berasaskan labu sayong, antaranya adalah seperti cenderamata, lampu tidur, tepak sireh, bekas telor, pasu bunga dan sebagainya. Menurut beliau, dalam sehari beliau dapat menghasilkan 50 hingga 60 biji produk labu sayong. Harga bagi setiap labu sayong pula adalah bergantung kepada saiznya. Purata harga yang ditawarkan di Win Kraf ini sangat berbaloi iaitu dari serendah RM3.00 sehingga mencecah ke RM 300.00.
Aktiviti Buat Labu Sayong
Sampai sini sahajalah coretan Asz, kalau ada soalan boleh tulis di komen di bawah. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment