Hi korang,
Selamat datang ke blogspot saya..Di mana di sini saya kongsikan tentang pengalaman saya travel di berlainan tempat. Mohon semua untuk follow page saya dan subscribe channel youtube saya. Semoga anda terhibur.
Ads
Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak, MY || Harga Tiket || Waktu dan Hari Operasi || Travel Vlog ||
Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Kompleks Bersejarah Pasir Salak atau dikenali Muzium Sejarah Pasir Salak adalah tempat tersimpannya tradisi orang Melayu yang dibentuk menjadi muzium di sebelah Sungai Perak. Segala-galanya kelihatan damai sekarang tetapi tidak seperti dahulu bahawa Presiden Inggeris pertama Perak, J.W.W. Birch dibunuh pada tahun 1875. Pada hari dan minggu berikutnya, pelaku pembunuhan itu, termasuk Datuk Maharajalela, ditangkap, diadili, dan digantung. Sultan Perak, Sultan Abdullah digulingkan dan diasingkan ke Seychelles. Kematian Birch mencetuskan perang kecil dan mempercepat penguasaan Britain ke atas negeri itu.
Pintu Masuk Kompleks Sejarah Pasir Salak
Pada 9 Februari 2021 yang lalu, Asz dan keluarga singgah di rumah kakak yang berada di Felcra Changkat Lada. Disebabkan anak2 buah cuti sekolah, Asz saja bawa mereka ke muzium sini untuk isi masa lapang dan tambah ilmu sejarah mereka. Muzium di sini agak lewat waktu pembukaannya dan seronoknya masuk di sini percuma sahaja cuma apabila anda ingin masuk ke terowong sejarah sahaja perlu membayar harga serendah RM 4.00.
2 tiket dewasa
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Kompleks ini terletak ditebing Sungai Perak dan dibina dengan harapan supaya generasi-generasi muda akan sentiasa memperingati peristiwa berdarah Pasir Salak pada tahun 1875 yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Perak serta mengenang akan jasa dan pengorbanan para pahlawan yang mempertahankan maruah bangsa dan negara. Kompleks ini juga sebagai bertujuan sebagai pusat pengumpulan bahan-bahan sejarah yang ada di Kompleks Sejarah Pasir Salak dan juga dari serata negeri Perak seperti pelbagai jenis keris, pakaian tradisional orang melayu, tombak dan sebagainya. Di bawah merupakan info tentang muzium ini;
Koordinat : 4.192302288825738, 100.90888225584172
Waktu buka : 09.30 am - 5.00 pm
Hari buka : Setiap Hari
Selepas kami tulis nama di pintu masuk, kami terus berjalan mengikut trail yang ada dan di situ kami terus nampak sungai perak dan beberapa bangunan yang ada. Asz selitkan gambar di bahagian bawah untuk apa yang ada di kompleks ini. Untuk bahagian dalam terowong, kami tidak dibenarkan untuk menggunakan kamera dsb.
Taman Monyet/ Taman Paya Bakau Desa Manjung Raya, Pulau Pangkor, Lumut Waterfront, Marina Island, Teluk Batik, Bukit 300, Muzium Beruas, Air Terjun Ulu Licin, Teluk Rubiah, Bukit Engku Bungsu
No comments:
Post a Comment