Ads

Memorial Negarawan, KL, MY || Travel Vlog || Eng Sub

Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Memorial Negarawan merupakan memorial untuk 7 tokoh pejuang kermedekaan Malaysia terdiri daripada Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock,  Tun VT Sambanthan, Tun Dr Lim Chong Fu, Tun Fuad Stephens, dan Tun Temenggung Jugah. Tujuan memorial ini ditubuhkan untuk memperingati jasa tokoh-tokoh tersebut kepada bangsa dan negara. Untuk info lebih lanjut:

Memorial Negarawan

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Di bawah merupakan info tentang muzium ini;

Lokasi  Muzium        : 3.1551308959428908, 101.69116276047649

Waktu & Hari buka  : 08.00 am - 05.00 pm (Kecuali Isnin)

Yuran masuk            : FOC

Yuran Parking          : FOC


Maklumat
   
   Memorial Negarawan menempatkan tujuh (7) orang tokoh pejuang kemerdekaan Malaysia yang terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Tokoh-tokoh tersebut turut mempunyai cerminan sejarah latar belakang yang berlainan dari segi keterlibatan dalam politik, kehidupan sosial serta ekonomi. Bagi mengimbau sejarah perjuangan Wira Negara, Arkib Negara melaksanakan usaha memelihara kekal bahan memoribalia serta mempamerkan kepada masyarakat umum di Memorial Negarawan. 

    Terdapat pelbagai koleksi bahan bersejarah yang dipamerkan seperti dokumen, artifak, gambar, keratan akhbar, pakaian, perabut, dan bahan koleksi peribadi tokoh. Konsep pameran dibahagikan kepada tujuh (7) galeri utama, (Aras B) menempatkan tiga (3) galeri iaitu Tun Datu Mustapha, Tun Fuad Stephens dan Tun Temenggung Jugah, (Aras G) menempatkan dua (2) galeri utama iaitu Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock, dan (Aras 1) menempatkan dua (2) galeri utama iaitu Tun V.T. Sambanthan dan Tun Dr. Lim Chong Eu.

    Keistimewaan Memorial ini juga ia merupakan bekas Bangunan Pejabat Perdana Menteri yang pernah digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama sehinga keempat iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pengunjung akan dapat menyaksikan ruang pameran Pejabat Perdana Menteri dan Bilik Mesyuarat Kabinet yang mengekalkan susun dan konsep asal sewaktu kegunaan Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 (2003).
    

Gambar di sini:












        Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.



Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Keluasan         : 5/5                                          Tiket Parking      : Refer atas

Kebersihan      : 5/5                                          Tiket Masuk       : Refer atas

Fasiliti             : 5/5                                          

Keunikan        : 5/5                                  

Kemudahan  :

Tandas, Parking, Kedai Jajan, Surau

Blogspot berkaitan  :


Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah

https://youtu.be/YwlOGIfXulg

No comments:

Post a Comment