Ads

Memorial Tun Abdul Razak, KL, MY || Travel Vlog || Eng Sub

Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Memorial Tun Abdul Razak merupakan sebuah bangunan kediaman rasmi Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur, Malaysia yang pada asalnya dikenali sebagai Bangunan Sri Taman. Bangunan ini kemudiannya telah dijadikan muzium bagi memperingati jasa beliau serta dirasmikan oleh Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (gelaran beliau pada waktu itu) pada 6 Mei 1982. Tun Abdul Razak telah mendiami bangunan ini semenjak tahun 1962 sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada bulan Januari 1976. Untuk info lebih lanjut:

Memorial TAR

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Di bawah merupakan info tentang muzium ini;

Lokasi  Muzium        : 3.1417751222564925, 101.68702707229393

Waktu & Hari buka  : 10.00 am - 05.30 pm (Kecuali Isnin)

Yuran masuk            : FOC

Yuran Parking          : FOC


Maklumat
   
    Memorial ini mempamerkan bahan-bahan kepunyaan Tun Abdul Razak sendiri dan juga bahan-bahan yang berkaitan dengan beliau. Keseluruhan bahagian pameran terbahagi kepada dua. Bahagian satu iaitu pameran di Bangunan Sri Taman yang mempamerkan kira-kira 650 bahan dan boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar iaitu bahan-bahan arkib, bahan-bahan muzium, dan bahan-bahan perpustakaan. Semua bahan dipamerkan mengikut tajuk-tajuk tertentu, antaranya ialah Biografi, Personalia, Pertahanan, Pelajaran, Hadiah dan Cenderamata, Sosial, Politik, Pembangunan, Hal Ehwal Luar Negara, Kegiatan Agama, Kembali ke Rahmatullah dan Yayasan Tun Razak. Selain gambar-gambar dan dokumen, bahan-bahan milik peribadi beliau dan keluarga turut dipamerkan.

    Bahagian dua pula mempamerkan kira-kira 1580 bahan mengenai penglibatan dan kegiatan Tun Abdul Razak semasa menjawat jawatan Menteri dan Perdana Menteri Malaysia. Bahan-bahan dipamerkan mengikut tajuk-tajuk tertentu. Selain daripada bahan-bahan pameran, terdapat juga persembahan multimedia sebagai maklumat tambahan kepada pelawat. Terdapat juga contoh Rumah FELDA yang dipamerkan di bahagian luar bangunan. Seterusnya, memorial ini menyediakan kemudahan-kemudahan kepada pelawat seperti perpustakaan dan bilik penyelidikan serta kedai cenderamata

    

Gambar di sini:





















        Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.



Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Keluasan         : 5/5                                          Tiket Parking      : Refer atas

Kebersihan      : 5/5                                          Tiket Masuk       : Refer atas

Fasiliti             : 4/5                                          

Keunikan        : 5/5                                  

Kemudahan  :

Tandas, Parking, Kedai Cenderahati

Blogspot berkaitan  :


Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah

https://youtu.be/fl_6II4PgDg



No comments:

Post a Comment