Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah dan Istana Tepas) telah didirikan oleh tukang kayu Melayu yang bernama Haji Suffian dengan dibantu oleh dua orang anaknya, Zainal Abidin dan Ismail pada tahun 1926. Mereka ini berasal dari Seberang Prai.
Masjid Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan Kuala Kangsar ini adalah masjid kecil zaman kolonial. Walaupun kecil, ia dianggap sebagai antara masjid yang tercantik di Malaysia. Direka oleh AB Hubback iaitu arkitek sama yang mereka Stesen Keretapi Ipoh dan Kuala Lumpur, masjid ini dibina dengan menggunakan batu marmar yang diimport khas dari Itali. Ia dibangunkan pada tahun 1913, tetapi pembinaannya tergendala dan hanya disiapkan pada 1917. Ini kerana marmar import itu lewat tiba kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.
Untuk info lebih lanjut:
Istana ini dibina atas titah Almarhum Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah) iaitu Sultan Perak ke-30 sebagai tempat bersemayam sementara. Ini disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi dalam pembinaan. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga 1933. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama pada hari-hari perayaan Diraja seperti Hari Keputeraan, pelantikan Orang-orang Besar Perak dan lain-lain istiadat Diraja Perak Darul Ridzuan.
Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan Istana Kenangan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan (kayu belian) bercirikan perabung lima dan pisang sesikat. Paku-paku besi (paku logam) tidak digunakan dalam pembinaan Istana Kenangan ini. Istana ini dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik dan menggunakan tepas yang dianyam dengan corak-corak anyaman Melayu tradisional.
Bangunan ini dibina di atas 60 batang tiang yang mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini jika dipandang dari udara kelihatan seperti sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana dan di tingkat bawah pula dijadikan sebagai pejabat rasmi baginda. Ruangan di tingkat bawah ini berlantaikan simen dan bahagian sekelilingnya ditutup dengan bidai.
Nama Istana Kenangan telah diberikan dalam tahun 1960-an setelah bangunan ini dibaiki atas daya usaha Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kemudian Istana Kenangan diduduki oleh keluarga Diraja Perak sehingga tahun 1982. Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkan Istana Kenangan untuk diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Pada tahun 1986, Istana Kenangan telah dijadikan Muzium DiRaja Kuala Kangsar di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan merasmikan Muzium DiRaja Kuala Kangsar dan pada 9 Mac 2009, ia telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Sejarah.
Masjid ini dibina berkat nazar Sultan Idris Murshidul Azam Shah, iaitu Sultan Perak yang ke-28. Beliau bernazar yang beliau akan membina sebuah masjid jika sembuh dari gering.
Sayangnya walaupun beliau yang bertanggungjawab meletakkan batu asas masjid, ianya hanya siap setahun selepas kemangkatan beliau.
Sebelum Masjid Negeri di Ipoh dibina, masjid Ubudiah Kuala Kangsar ialah masjid rasmi bagi negeri ini. Selain pernah menjadi masjid utama negeri, ia juga merupakan masjid diRaja untuk Perak. Oleh sebab itu, bersebelahan kawasan masjid ini, terdapat juga makam diRaja yang dinamakan Makam Diraja Al-Ghufran yang menempatkan makam sultan-sultan terdahulu.
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Di bawah merupakan info tentang muzium dan masjid ini;
Lokasi Muzium : 4.7602976328129945, 100.95571888509004
Lokasi Masjid : 4.7640489740188645, 100.95083990905756
Waktu & Hari buka Muzium :
Isnin : Tutup
Selasa - Ahad : 10.00 pagi – 04.30 petang
Waktu & Hari buka Masjid :
Jumaat : Tutup
Sabtu - Isnin : 09.00 pagi – 06.00 petang
Yuran masuk : FOC
Gambar di sini:
Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.
Review daripada Asz: Pembayaran tiket:
Keluasan : 3/5 Tiket Parking : FOC
Kebersihan : 5/5 Tiket Masuk : FOC
Fasiliti : 3/5
Keunikan : 4.5/5
Blogspot berkaitan :
Gardens
Secret Garden Putrajaya, Taman Bunga Matahari BD, Taman Tasik Taiping, Taman Botani Shah Alam, FRIM Kepong, Japanese Garden Shah Alam, Taman Saujana Hijau, Kundasang War Memorial, Taman Botani Perdana KL, Taman Tasik Titiwangsa, KL Forest Eco Park
Water Parks / Waterfall
Refarm Kampar, Lost World Tambun, Lost World Tambun 2.0, Tampin Water Park, Sunway Lagoon, Air Terjun Ulu Bendul
Best places
Waterfront Bagan Datuk, Beting Beras Basah, Tasek Cermin Ipoh, Chin Swee Temple, Elmina Rainbow Bridges, Menara Kuantan 118, Teluk Cempedak, ICT Shah Alam, Tanjung Aru, Sabah, Desa Dairy Farm, Kuching Waterfront
Zoo
History
Muzium Perak, Kellie Castle, Menara Condong, Kota A Famosa & Bukit St Paul, Batu Caves, Pusat Sains Negara, Petrosains, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Muzium Hantu Melaka, Muzium dan Balai Seni Lukis Melaka, Balai Seni Lukis Negara, Muzium Telekom, Muzium Pasir Salak
Interesting Places
Tempat Menarik di Manjung, Tempat Menarik di Melaka, Tempat Menarik di Muar, Tempat Menarik di sekitar KL/Selangor, Tempat Menarik di Kuantan, Tempat Menarik di Kuala Terengganu, Tempat Menarik di Sabah, Tempat Menarik di Putrajaya, Tempat Menarik di Cameron Highland, Tempat Menarik di Desaru, Tempat Menarik di Nilai
Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah
https://youtu.be/K4D-Irqe1Ko
No comments:
Post a Comment