Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Pengumpulan koleksi dan penyelidikan mengenai dunia Melayu kini giat dilakukan dan aktiviti ini berterusan. Pengumpulan koleksi meliputi pelbagai jenis seperti tekstil, senjata, ukiran, alat logam dan teknologi, perhiasan diri, alat muzik dan sebagainya. Koleksi-koleksi yang terbaik dan unggul serta sukar diperolehi ini dikumpulkan dari beberapa buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Afrika Selatan, Madagaskar dan lain-lain negara seluruh dunia termasuk rumpun Melayu Polenesia yang unik dan menarik ini kini disimpan di Jabatan Muzium Malaysia. Untuk info lebih lanjut:
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Di bawah merupakan info tentang muzium ini;
Lokasi Muzium : 3.137740857322983, 101.68843524224825
Waktu & Hari buka : 09.00 am - 05.00 pm (Kecuali Hari Raya Puasa & Haji)
Yuran masuk : MYR 2
Yuran Parking : TnG Parking
Satu lagi muzium yang agak menarik bagi para peminat sejarah kebudayaan dan tradisi dunia Melayu. Ini kerana muzium ini bukan sahaja dikhususkan untuk orang-orang Melayu di Malaysia sahaja malah turut melibatkan semua masyarakat rumpun Melayu yang merangkumi kawasan yang lebih luas.
Terletak berhampiran bangunan Muzium Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu ini adalah lebih kecil dan di bahagian hadapan binaannya diperbuat daripada kayu yang menyerupai binaan rumah-rumah Melayu lama. Apa yang menarik di sini, muzium ini turut menyertakan bahan-bahan pameran dari serata kawasan rumpun Melayu termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Afrika Selatan, Madagaskar dan juga daripada rumpun Melayu Polenesia. Ini akan membuka lebih pengetahuan anda mengenai dunia Melayu secara keseluruhannya.
Antara koleksi pameran yang diperagakan di muzium ini termasuklah barangan tekstil, senjata, ukiran, alat logam dan teknologi, perhiasan diri, alat muzik dan sebagainya. Tidak lupa juga aktiviti riadah lain orang Melayu seperti wau, wayang kulit (yang merangkumi beberapa buah negara Malaysia, Indonesia dan Thailand), gasing dan lain-lain lagi. Melalui pendedahan ini maka agak mudah untuk kita memahami mengenai kaitan antara kita yang sebenarnya berada di dalam satu rumpun yang besar.
Banyak lagi bahan-bahan pameran di sini yang akan menimbulkan banyak pertanyaan mengenai Dunia Melayu sebenarnya. Mungkin sebahagiannya akan terjawab dan yang selainnya anda perlulah mengusahakan jawapannya. Ia bagaikan menyatukan cebisan-cebisan teka-teki yang agak menarik untuk diperhatikan. Namun setelah anda mengetahuinya, maka ketahuilah oleh kita bahawa kita semua berasal dari rumpun yang sama.
Gambar di sini:
Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.
Review daripada Asz: Pembayaran tiket:
Keluasan : 3/5 Tiket Parking : Refer atas
Kebersihan : 5/5 Tiket Masuk : Refer atas
Fasiliti : 3/5
Keunikan : 5/5
Kemudahan :
Tandas Awam, Surau, Kedai Makan, Kedai Cenderahati, Cafe
Blogspot berkaitan :
Gardens
Secret Garden Putrajaya, Taman Bunga Matahari BD, Taman Tasik Taiping, Taman Botani Shah Alam, FRIM Kepong, Japanese Garden Shah Alam, Taman Saujana Hijau, Kundasang War Memorial, Taman Botani Perdana KL, Taman Tasik Titiwangsa, KL Forest Eco Park
Water Parks / Waterfall
Refarm Kampar, Lost World Tambun, Lost World Tambun 2.0, Tampin Water Park, Sunway Lagoon, Air Terjun Ulu Bendul
Best places
Waterfront Bagan Datuk, Beting Beras Basah, Tasek Cermin Ipoh, Chin Swee Temple, Elmina Rainbow Bridges, Menara Kuantan 118, Teluk Cempedak, ICT Shah Alam, Tanjung Aru, Sabah, Desa Dairy Farm, Kuching Waterfront
Zoo
History
Muzium Perak, Kellie Castle, Menara Condong, Kota A Famosa & Bukit St Paul, Batu Caves, Pusat Sains Negara, Petrosains, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Muzium Hantu Melaka, Muzium dan Balai Seni Lukis Melaka, Balai Seni Lukis Negara, Muzium Telekom, Muzium Pasir Salak
Interesting Places
Tempat Menarik di Manjung, Tempat Menarik di Melaka, Tempat Menarik di Muar, Tempat Menarik di sekitar KL/Selangor, Tempat Menarik di Kuantan, Tempat Menarik di Kuala Terengganu, Tempat Menarik di Sabah, Tempat Menarik di Putrajaya, Tempat Menarik di Cameron Highland, Tempat Menarik di Desaru, Tempat Menarik di Nilai
Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah
https://youtu.be/LsW0w-pqO8E
No comments:
Post a Comment