Ads

Muzium Negara, KL, MY || Travel Vlog || Eng Sub

Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Senibina Muzium ini telah menggabungkan rekabentuk Istana Melayu tradisional dan dihiasi dengan motif Melayu. Dinding hadapannya turut dihiasi dengan dua buah mural yang diperbuat daripada kaca mozek Itali yang memaparkan rentetan sejarah dan kebudayaan Melayu. Pengurusan Muzium Negara kini dikendalikan oleh Jabatan Muzium Malaysia di bawah portfolio Kementerian Perpaduan Negara. Muzium Negara merupakan muzium termasyhur di Malaysia dan salah sebuah yang terulung di Asia Tenggara. Seni bina muzium ini berasaskan seni bina Istana Raja-raja Melayu dan mempunyai empat buah galeri utama. Untuk info lebih lanjut:

Pintu Gerbang Muzium Negara


Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Di bawah merupakan info tentang muzium ini;

Lokasi  Muzium        : 3.137766798138548, 101.68740235812513

Waktu & Hari buka  : 09.00 am - 05.00 pm (Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha)

Yuran masuk            : 

Yuran Parking          : 





         Idea penubuhan Muzium Negara telah dicetuskan oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj Perdana Menteri Malaysia Pertama (Tanah Melayu ketika itu). Kerja pembangunannya telah dimulakan pada tahun 1959 dan siap sepenuhnya pada 31hb Ogos 1963. Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh ke Bawah DYMM Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail Yang di Pertuan Agong Ketiga. 

Koleksi Dan Galeri

Galeri Sejarah Awal
Galeri ini mempersembahkan segala maklumat dan bukti-bukti tinggalan kebudayaan (material Culture) masyarakat awal di Malaysia. Melalui kajian sejarah dan kerja-kerja ekskavasi di lapangan oleh ahli-ahli akademik dan arkeologi mendapati bahawa masyarakat terawal di negara ini muncul kira-kira 500,000 tahun SM. Masyarakat ini menjalani kehidupan dengan berburu dan mendiami kawasan tebing-tebing sungai, tasik dan juga gua. Zaman ini dikenali sebagai zaman batu berdasarkan penemuan artifak-artifak yang diperbuat daripada batu dan lukisan yang terdapat pada dinding gua seperti yang ditemui di Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak), Ulu Tembeling (Pahang) dan Tingkayu (Sabah). Pentarikhan (Geo-Paleontologi dan Geo-Morfologi) yang dilakukan ke atas kawasan dan tinggalan artifak ini menunjukkan terdapatnya perkembangan kebudayaan dan corak hidup masyarakat yang dibahagikan kepada tiga zaman iaitu Paleolitik, Hoabinhian dan Neolitik. Selain itu, galeri ini juga memaparkan maklumat dan artifak-artifak dari Zaman Logam, Kebudayaan Megalitik dan Proto Sejarah
 
Galeri Kerajaan Melayu Awal
Galeri ini menyelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu selepas zaman pra sejarah dengan pembentukan kerajaan-kerajaan awal yang mempunyai sistem kenegaraan, ekonomi, keagamaan dan kebudayaan sebagai jatidiri wilayah Alam Melayu (Malay World) termasuk Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo. Kemunculan penempatan dan kerajaan awal yang digambarkan dalam galeri ini secara tidak langsung dapat membuktikan perkembangan sosio-politik Melayu, jaringan sistem ekonomi terutama perdagangan antarabangsa dan perluasan ciri-ciri kebudayaan serta keagamaan kelompok rumpun Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan awal ini diperkuatkan lagi dengan pameran artifak-artifak yang mempunyai pengaruh keagamaan yang menjadi mercu tanda sesebuah kerajaan itu.
 
Galeri Era Kolonial
Galeri ini memaparkan sejarah negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak ketika berada di bawah cengkaman kuasa asing yang bermula pada tahun 1511 menerusi penceroboh Portugis ke atas Kota Melaka. Siri Penjajahan ini berlarutan dan silih berganti kepada Belanda dan menular ke seluruh negara menerusi penguasaan British dan Jepun. Tarikan kepada kuasa asing ini adalah hasil-mahsul bumi Melayu. Mereka datang untuk menguasi perdagangan rempah serta mengeksploitasi bahan mentah, khususnya bijih timah yang merupakan bahan mentah yang terpenting semasa tercetusnya revolusi perindustrian di negara-negara Eropah pada kurun ke-18. Penguasaan kuasa-kuasa asing ke atas negara ini berlaku selama lebih 400 tahun. Tempoh ini menyaksikan kekayaan negara dibolot dan dieksploitasi menyebabkan timbulnya bibit-bibit kesedaran dan semangat perjuangan anak bangsa untuk bangkit membebaskan diri dari belenggu penjajahan. Turut dimuatkan adalah perubahan-perubahan sosial, politik dan ekonomi yang berlaku di sepanjang tempoh tersebut.
 
Galeri Malaysia Kini
Galeri ini menyingkap sejarah gerakan nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan sehinggalah kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malay National Organisation) pada tahun 1946. Kelantangan suara menuntut hak dan pembebasan sepenuhnya dari tangan British telah diperjuangan pelbagai pihak dari pelbagai kaum sehinggalah negara ini akhirnya kembali merdeka sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 menerusi meja rundingan. Pada 16 September 1963 negara maju setapak lagi dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura (1963-1965). Penubuhan Malaysia telah mewujudkan satu entiti politik yang kukuh dan bersepadu sehingga ke hari ini. Perpaduan kaum, kestabilan politik yang bertunjangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta pencapaian-pencapaian negara yang membanggakan termasuk pembangunan fizikal yang bersifat moden, mega dan mencakar langit turut menjadi paparan galeri ini.
   


Gambar di sini:














        Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.



Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Keluasan         : 5/5                                          Tiket Parking      : Refer atas

Kebersihan      : 5/5                                          Tiket Masuk       : Refer atas

Fasiliti             : 5/5                                          

Keunikan        : 5/5                                  

Kemudahan  :

Tandas, Surau, Cafe, Kedai Cenderahati, Dewan

Blogspot berkaitan  :


Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah

https://youtu.be/YwlOGIfXulg






No comments:

Post a Comment