Ads

Muzium Negeri, Seremban, Negeri Sembilan, MY || Travel Vlog || Eng Sub

Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1953 iaitu apabila Yam Tuan ke 8, Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya Istana Ampang Tinggi Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah, Seremban dan dijadikan sebagai Muzium Negeri. Mulanya ia terletak di Taman Bunga Seremban, oleh kerana lokasi taman bunga tidak sesuai, Muzium Negeri telah dipindahkan ke Kompleks Taman Seni Budaya di Jalan Sungai Ujong pada tahun 1984. Ditubuhkan mengikut Enakmen No.5 tahun 1956 (pindaan 1992) dengan pengerusi dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Bagi Tempoh 1996-2003, Lembaga Muzium Negeri dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Haji Abdul Samad bin Idris. Enakmen ini diwujudkan berikutan pengisytiharan Istana Ampang Tinggi sebagai Muzium Negeri oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-8. Pada 14hb, Julai 1986, Bangunan Teratak Perpatih di kawasan Taman Seni Budaya telah diisytiharkan oleh YAB. Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato' Hj Abdul Samad sebagai Muzium Negeri menggantikan bangunan Istana Ampang Tinggi. Untuk info lebih lanjut:

Pintu Masuk Muzium Negeri

Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Di bawah merupakan info tentang muzium ini;

Lokasi  Muzium        : 2.7180830412874157, 101.92052790258579

Waktu & Hari buka  : 09.00 am - 05.00 pm (Kecuali Isnin)

Yuran masuk            : FOC

Yuran Parking          : FOC


ISTANA AMPANG TINGGI
Istana kayu ini terdiri daripada beberapa panel berukir halus dan sepasang pintu gelangsar berat yang tidak boleh ditemui disebarang tempat di Semenanjung Malaysia pada masa sekarang. Istana ini telah dibina di atas permatang yang menghala ke sebuah sawah padi yang luas oleh Yang Dpertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 5 iaitu Yamtuan Ulin (dikenali sebagai Yamtuan Imam) yang memerintah dari tahun 1861-1869. Bangunan ini berukiran 66 ½ kaki panjang dan 23 ½ kaki lebar. Apabila istana ini siap, Yamtuan telah menghadiahkan istana ini kepada puterinya Tuanku Cindai dan apabila puteri baginda berkahwin dengan Tengku Muda Chik, putera Yamtuan ke 4, Yamtuan Radin.

Istana ini terletak kira-kira enam batu dari Seri Menanti . Tengku Muda Chik telah menambahkan lebih banyak panel berukiran dan tinggal di sana bersama-sama isterinya. Istana ini kemudiannya telah diberikan kepada puteri mereka Tunku Halijah yang berkahwin dengan Yamtuan Ahmad , Yamtuan ke-7 sebagai isteri keduanya. Apabila Tunku Halijah meninggal pada tahun 1921, ia telah dihuni dari masa ke masa oleh anggota keluarga yang lain. Tetapi mulai kira-kira tahun 1930, ia tidak dihuni secara tetap dan kemudian terbiar tanpa dibaiki langsung. Pada tahun 1953, Yamtuan ke-8 Tuanku Abdul Rahman memberi kebenaran supaya bangunan lama yang tidak beratap ini dibuka dan dipindahkan ke Seremban. Kemudian pada tahun 1980, bangunan ini telah dipidahkan ke Tapak Komplek Taman Seni Budaya dan sebagai salah satu daripada tempah bersejarah yang perlu dilawati.
 

RUMAH NEGERI SEMBILAN
Sebenarnya rumah contoh Negeri Sembilan ini baru sahaja dipindahkan dari tapak lamanya ke Taman Seni Budaya. Menurut catatan yang terdapat dari beberapa sumber ‘Rumah Negeri Sembilan’ ini asalnya ialah kepunyaan seorang yang bernama Tengku Saiyed Ismail bin Tengku Saiyed Abdul Rahman, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan isterinya bernama Cik Kundur anak Wan Jaebah, iaitu kakak kepada Anak Air Garam, Mambau kira-kira empat batu dari Seremban hala ke Port Dickson dan ditukangi oleh orang tukang suku Minangkabau bernama Haji Syahahbudin dan Kamruddin. Kedua-duanya dikatakan adalah adik-beradik. Keistimewaan rumah ini selain daripada ukiran-ukirannya, ianya dibuat tanpa menggunakan sebatang paku atau pasak dengan kayu. Dinding-dindingnya dibuat berkembi iaitu papan papan kembun yang dipasangkan pada pemidang-pemidang. Menurut catatan juga, sebuah rencana mengenai rumah ini ada tersiar dalam akhbar The Strait Times dalam tahun 1979 menyebut tarikh rumah ini dibina kira-kira dalam tahun 1898 Masihi dengan perbelanjaan RM400 sahaja. Dikatakan juga bahawa rumah ini pernah dirombak dan dibawa oleh pemerintah Inggeris dulu ke London untuk pameran dalam tahun 1924.


Gambar di sini:


























        Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.



Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Keluasan         : 5/5                                          Tiket Parking      : Refer atas

Kebersihan      : 5/5                                          Tiket Masuk       : Refer atas

Fasiliti             : 4/5                                          

Keunikan        : 5/5                                  

Blogspot berkaitan  :


Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah

https://youtu.be/ZLR0RnlGpj4



No comments:

Post a Comment