Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Muzium ini mempamerkan perkembangan sejarah Petaling Jaya yang ditempatkan dalam tiga bahagian, yang berasal dari Petaling Jaya, pentadbiran Petaling Jaya dan pengembangan Petaling Jaya. Muzium ini dibuka pada November 2007 dari sebuah pusat pendidikan lama. Ia ditutup untuk pengubahsuaian dan kembali dibuka pada April 2016. Untuk info lebih lanjut:
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Di bawah merupakan info tentang muzium ini;
Lokasi Muzium : 3.105380862277354, 101.65038306674604
Waktu & Hari buka : 09.00 am - 05.00 pm (Kecuali Jumaat)
Yuran masuk : FOC
Yuran Parking : FOC
Sejarah
Muzium Petaling Jaya terletak di dalam kawasan Taman Tasik Jaya, Seksyen 10, Petaling Jaya. Pada asalnya merupakan Rumah Taman Bacaan Kanak-kanak yang telah dirasmikan pada tahun 1980 oleh Datin Hajah Sulaimah Bt. Maiji, iaitu isteri kepada bekas Menteri Besar Selangor iaitu Ybg. Dato’ Haji Hormat Rafei ( 1976 – 1982 ).
Perubahan dari masa ke semasa menampakan kepesatan pembangunan Petaling Jaya menjadikan Taman Bacaan ini tidak lagi sesuai di tempatkan di Taman Jaya. Pada tahun 1992 bangunan ini telah diambil alih oleh Jabatan Pembangunan Persekitaran. Bangunan ini telah dijadikan sebagai Pusat Pendidikan Alam Sekitar di mana pelbagai program, kursus serta Kem Pendidikan Alam Sekitar dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya ( ketika itu ).
Bangunan ini asalnya adalah menggunakan struktur kayu sebelum diubah suai kepada struktur konkrit pada keseluruhan bangunan. Penghujung April 2007, bangunan ini telah diambil alih sepenuhnya oleh Bahagian Perpustakaan & Pengurusan Maklumat ( Unit Muzium ) untuk dijadikan sebagai lokasi Muzium Petaling Jaya. Kerja-kerja penyelenggaraan dan ubah suai telah siap sepenuhnya pada awal Oktober 2007 dan telah diduduki sepenuhnya pada 4 Oktober 2007. Tanggal 12 November 2007, Muzium Petaling Jaya dengan secara rasminya telah di buka kepada orang ramai.
Gambar di sini:
Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.
Review daripada Asz: Pembayaran tiket:
Keluasan : 3/5 Tiket Parking : Refer atas
Kebersihan : 5/5 Tiket Masuk : Refer atas
Fasiliti : 3/5
Keunikan : 4/5
Kemudahan :
Tandas Awam, Taman Awam, Sudut Membaca, Surau, Kedai Makan
Blogspot berkaitan :
Gardens
Secret Garden Putrajaya, Taman Bunga Matahari BD, Taman Tasik Taiping, Taman Botani Shah Alam, FRIM Kepong, Japanese Garden Shah Alam, Taman Saujana Hijau, Kundasang War Memorial, Taman Botani Perdana KL, Taman Tasik Titiwangsa, KL Forest Eco Park
Water Parks / Waterfall
Refarm Kampar, Lost World Tambun, Lost World Tambun 2.0, Tampin Water Park, Sunway Lagoon, Air Terjun Ulu Bendul
Best places
Waterfront Bagan Datuk, Beting Beras Basah, Tasek Cermin Ipoh, Chin Swee Temple, Elmina Rainbow Bridges, Menara Kuantan 118, Teluk Cempedak, ICT Shah Alam, Tanjung Aru, Sabah, Desa Dairy Farm, Kuching Waterfront
Zoo
History
Muzium Perak, Kellie Castle, Menara Condong, Kota A Famosa & Bukit St Paul, Batu Caves, Pusat Sains Negara, Petrosains, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Muzium Hantu Melaka, Muzium dan Balai Seni Lukis Melaka, Balai Seni Lukis Negara, Muzium Telekom, Muzium Pasir Salak
Interesting Places
Tempat Menarik di Manjung, Tempat Menarik di Melaka, Tempat Menarik di Muar, Tempat Menarik di sekitar KL/Selangor, Tempat Menarik di Kuantan, Tempat Menarik di Kuala Terengganu, Tempat Menarik di Sabah, Tempat Menarik di Putrajaya, Tempat Menarik di Cameron Highland, Tempat Menarik di Desaru, Tempat Menarik di Nilai
Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah
https://youtu.be/OjSZo2toFwA
No comments:
Post a Comment