Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Muzium Polis DiRaja Malaysia telah diilhamkan oleh Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis, iaitu PGB Waller pada tahun 1950. Muzium Polis DiRaja Malaysia kemudiannya dirasmikan pembukaannya 9 Januari 1961 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-3. Muzium ini mempamerkan beribu-ribu barangan menarik berkait dengan jenayah dan menghalang jenayah. Terdapat himpunan menarik semua perkara berkenaan kerja polis, dari zaman kesultanan melayu sehingga hari ini, menggambarkan kejadian dan mempamerkan memorabilia. Untuk info lebih lanjut:
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Di bawah merupakan info tentang muzium ini;
Lokasi Muzium : 3.1409298645980708, 101.68858815673948
Waktu & Hari buka : 09.00 am - 05.00 pm (Kecuali Isnin)
Yuran masuk : FOC
Yuran Parking : FOC
Koleksi senjata mempamerkan senjata-senjata yang pernah digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dan juga yang telah dirampas. Selain itu terdapat juga koleksi anugerah yang diperolehi oleh anggota polis turut dipamerkan. Pingat-pingat seperti Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa, Pingat Gagah Berani, Service Medal dan King's Police Medal turut dipamerkan. Perjuangan dan pengorbanan anggota polis dan kerjasama masyarakat tempatan turut diberikan perhatian dalam Era Darurat dan Tragedi Bukit Kepong.
Galeri Muzium Polis DiRaja Malaysia terbahagi kepada 3 galeri iaitu galeri A, B dan C. Terdapat juga pameran di sekitar bahagian luar muzium. Pameran Kereta Perisai (GMC), Ferret Scout Car, Sankey, Kapal terbang CESSNA, Meriam-meriam dan bot marin PA4. Turut terdapat pameran kenderaan yang digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM. Dataran perwira mempamerkan nama-nama anggota PDRM yang telah terkorban sewaktu menjalankan tugas.
Sebuah Muzium Muzium Polis DiRaja Malaysia yang baru telah dibina pada tahun 1983, diilhamkan oleh Tun Hanif Omar di Mes Pegawai Kanan PDRM di Jalan Venning. Muzium Polis DiRaja Malaysia itu siap dibina dan dibuka pada orang awam pada 2 Oktober 1998. Muzium Polis DiRaja Malaysia ini telah dirasmikan pada 24 Julai 1999 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Dato’ Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi.
Gambar di sini:
Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.
Review daripada Asz: Pembayaran tiket:
Keluasan : 4/5 Tiket Parking : FOC
Kebersihan : 4/5 Tiket Masuk : FOC
Fasiliti : 4/5
Keunikan : 5/5
Kemudahan :
Tandas, Mesin Gedegang, Tempat Rehat
Blogspot berkaitan :
Gardens
Secret Garden Putrajaya, Taman Bunga Matahari BD, Taman Tasik Taiping, Taman Botani Shah Alam, FRIM Kepong, Japanese Garden Shah Alam, Taman Saujana Hijau, Kundasang War Memorial, Taman Botani Perdana KL, Taman Tasik Titiwangsa, KL Forest Eco Park
Water Parks / Waterfall
Refarm Kampar, Lost World Tambun, Lost World Tambun 2.0, Tampin Water Park, Sunway Lagoon, Air Terjun Ulu Bendul
Best places
Waterfront Bagan Datuk, Beting Beras Basah, Tasek Cermin Ipoh, Chin Swee Temple, Elmina Rainbow Bridges, Menara Kuantan 118, Teluk Cempedak, ICT Shah Alam, Tanjung Aru, Sabah, Desa Dairy Farm, Kuching Waterfront
Zoo
History
Muzium Perak, Kellie Castle, Menara Condong, Kota A Famosa & Bukit St Paul, Batu Caves, Pusat Sains Negara, Petrosains, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Muzium Hantu Melaka, Muzium dan Balai Seni Lukis Melaka, Balai Seni Lukis Negara, Muzium Telekom, Muzium Pasir Salak
Interesting Places
Tempat Menarik di Manjung, Tempat Menarik di Melaka, Tempat Menarik di Muar, Tempat Menarik di sekitar KL/Selangor, Tempat Menarik di Kuantan, Tempat Menarik di Kuala Terengganu, Tempat Menarik di Sabah, Tempat Menarik di Putrajaya, Tempat Menarik di Cameron Highland, Tempat Menarik di Desaru, Tempat Menarik di Nilai
Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah
https://youtu.be/iTHeY7kCUuI
No comments:
Post a Comment