Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...
Bangunan Muzium Seni Kraf Orang Asli terletak berhampiran dengan Muzium Negara. Struktur binaannya mempunyai sedikit persamaan dengan Muzium Negara. Persekitaran bangunan agak strategik kerana bangunan ini berhadapan dengan kawasan meletak kenderaan yang mana setiap pelawat yang mengunjungi Muzium Negara pasti akan mengunjungi Muzium Seni Kraf Orang Asli. Kewujudan muzium ini dapat membantu mengekal dan memelihara warisan budaya kesenian Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia amnya. Muzium ini mengumpul bahan-bahan seni kraf Masyarakat Orang Asli yang mempunyai kaitan dengan cara hidup, budaya dan kepercayaan mereka, di samping cerita-cerita mitos dan legendanya serta maksud ukiran serta motif-motif yang ada pada bahan-bahan kraf tersebut. Selain itu, muzium ini juga menyebarkan pengetahuan dan maklumat kepada masyarakat umum melalui pameran-pameran yang diadakan secara tetap dan sementara di muzium serta penerbitan-penerbitan berkala yang khusus mengenai koleksi dan berkaitan dengan Masyarakat Orang Asli. Untuk info lebih lanjut:
Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.
Di bawah merupakan info tentang muzium ini;
Lokasi Muzium : 3.137740857322983, 101.68843524224825
Waktu & Hari buka : 09.00 am - 05.00 pm (Kecuali Hari Raya Puasa & Haji)
Yuran masuk : MYR 2
Yuran Parking : TnG Parking
Galeri Pameran
Galeri ini telah dinaik taraf dan mempunyai ruang yang agak luas dari sebelumnya. Galeri ini terbahagi kepada lapan segmen yang mengambarkan kehidupan dan seni kraf Orang Asli merangkumi latar belakang Suku Kaum Orang Asli, taburan geografi dan demografi, ukiran patung, ukiran topeng , kediaman tradisi ,peralatan memburu dan menangkap ikan, kematian, alatan muzik, aksesori pakaian dan anyaman. Galeri Muzium Seni Kraf Orang Asli telah memperagakan setiap koleksi artifak dengan pelbagai teknik pameran yang diperkenalkan oleh muzium dengan mengadun teknologi multimedia dengan teknik-teknik yang ‘conventional’ dengan tujuan untuk mewujudkan ‘imaginative learning experiences’ dan keseronokan dengan harapan lebih ramai orang berkunjung ke muzium ini.
Koleksi Pameran
Muzium Seni Kraf Orang Asli ini telah memperagakan keseluruhan 138 bahan koleksi yang dipecahkan kepada 8 segmen. Majoriti bahan koleksi yang diperagakan adalah ukiran patung dan topeng. Ini kerana ukiran kayu ini mempunyai keunikan tersendiri dan diperakui oleh dunia. Kemahiran tukang ukir jelas terserlah dengan sentuhan seni melarik yang tepat walaupun mengunakan sistem konvensional. Jumlah topeng dan patung yang diperagakan adalah sebanyak 54 unit. Muzium Seni Kraf Orang Asli ini juga memperagakan sebahagian besar bahan koleksi yang sering tersimpan dalam repositori yang mana untuk tatapan para pelawat. Selain dari ukiran patung dan topeng, peragaan yang tidak kurang hebatnya adalah segmen anyaman tradisi, dengan 20 bahan koleksi pelbagai bentuk dan dari suku kaum yang berbeza, peralatan memburu dan menangkap ikan sebanyak 20 bahan koleksi, alatan muzik sebanyak 17 bahan koleksi dan 3 replika kubur Masyarakat Orang Asli serta 16 bahan koleksi perhiasan diri.
Gambar di sini:
Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.
Review daripada Asz: Pembayaran tiket:
Keluasan : 3/5 Tiket Parking : Refer atas
Kebersihan : 5/5 Tiket Masuk : Refer atas
Fasiliti : 3/5
Keunikan : 5/5
Kemudahan :
Tandas Awam, Surau, Kedai Makan, Kedai Cenderahati, Cafe
Blogspot berkaitan :
Gardens
Secret Garden Putrajaya, Taman Bunga Matahari BD, Taman Tasik Taiping, Taman Botani Shah Alam, FRIM Kepong, Japanese Garden Shah Alam, Taman Saujana Hijau, Kundasang War Memorial, Taman Botani Perdana KL, Taman Tasik Titiwangsa, KL Forest Eco Park
Water Parks / Waterfall
Refarm Kampar, Lost World Tambun, Lost World Tambun 2.0, Tampin Water Park, Sunway Lagoon, Air Terjun Ulu Bendul
Best places
Waterfront Bagan Datuk, Beting Beras Basah, Tasek Cermin Ipoh, Chin Swee Temple, Elmina Rainbow Bridges, Menara Kuantan 118, Teluk Cempedak, ICT Shah Alam, Tanjung Aru, Sabah, Desa Dairy Farm, Kuching Waterfront
Zoo
History
Muzium Perak, Kellie Castle, Menara Condong, Kota A Famosa & Bukit St Paul, Batu Caves, Pusat Sains Negara, Petrosains, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Muzium Hantu Melaka, Muzium dan Balai Seni Lukis Melaka, Balai Seni Lukis Negara, Muzium Telekom, Muzium Pasir Salak
Interesting Places
Tempat Menarik di Manjung, Tempat Menarik di Melaka, Tempat Menarik di Muar, Tempat Menarik di sekitar KL/Selangor, Tempat Menarik di Kuantan, Tempat Menarik di Kuala Terengganu, Tempat Menarik di Sabah, Tempat Menarik di Putrajaya, Tempat Menarik di Cameron Highland, Tempat Menarik di Desaru, Tempat Menarik di Nilai
Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah
https://youtu.be/LsW0w-pqO8E
No comments:
Post a Comment