Ads

Muzium Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan, MY || Travel Vlog ||

Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Muzium Tentera Darat merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Ianya setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini. Cetusan mewujudkan Muzium TD diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein. Muzium ini ditubuhkan ke arah usaha untuk meningkatkan taraf profesionalisme warga Tentera Darat dengan mengembangkan aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan menghayati sejarah TD.. Untuk info lebih lanjut:

Muzium TD dari tepi jalan


Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Di bawah merupakan info tentang muzium ini;

Lokasi  Muzium        : 2.4963574542858837, 101.84706003488229

Waktu & Hari buka  : 10.00 am - 05.00 pm (Kecuali Isnin & Sel)

Yuran masuk            : FOC

Yuran Parking          : FOC


        Muzium ini dilengkapi dengan tiga galeri utama yang menampilkan sejarah lengkap tentera dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, Galeri Portugis dan Belanda, Galeri British, Galeri Penubuhan Askar Melayu, Galeri Pra Kemerdekaan, Galeri Era Kemerdekaan, Galeri Sumbangan Tentera Darat dan Galeri Tentera Darat Hari Ini. Terdapat pelbagai dokumen serta gambar perang dipamerkan, malah pengunjung juga boleh melihat sendiri teknologi perang yang dihasilkan bermula dari keris sehinggalah teknologi tentera terkini.

        Antara tarikan lain yang menarik di sini adalah sebuah terowong yang dibina sepanjang 142 meter. Ia membawa 1001 penceritaan tentang Parti Komunis Malaya (PKM) yang merentasi Blok B ke Hutan Kampung, suasana ‘penempatan’ ikhtiar hidup yang dipenuhi tanaman, pokok serta jambatan gantung yang boleh dinaiki oleh para pengunjung. Di dalam terowong ini juga, pengunjung disajikan dengan suasana bilik bedah, ruang pengawal, barang pameran serta barang persenjataan yang dirampas PKM suatu masa dahulu.

        Bagi pameran luar bangunan pula, pengunjung boleh menyaksikan pelbagai peralatan serta kenderaan yang terdiri dari kenderaan perisai, gerabak keretapi, kapal terbang dan kenderaan lama yang lain yang pernah digunakan oleh pasukan keselamatan dan Tentera Darat. Tugu Peringatan Tentera Darat juga turut dibina yang bertujuan memperingati jasa – jasa pahlawan yang telah meninggal dunia. 

        Struktur utama tugu melambangkan sempadan negara ini dikelilingi lima anak tugu yang membawa maksud lima teras Rukun Islam, Rukun Negara dan Ikrar Kesatria. Lima anak tugu ini berukir nama emas melebihi 950 wira – wira yang telah gugur di medan perang demi mempertahankan kedaulatan negara. Pengunjung juga dapat  mendengar maklumat yang disampaikan melalui sistem audio pada jet pejuang yang diulang siar.
  


Gambar di sini:












        Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.



Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Keluasan         : 5/5                                          Tiket Parking      : FOC

Kebersihan      : 5/5                                          Tiket Masuk       : FOC

Fasiliti             : 5/5                                          

Keunikan        : 5/5                                  

Kemudahan  :

Tandas, Surau, Gerai makan, Photoshoot

Blogspot berkaitan  :


Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah

https://youtu.be/62zgez-4YQk








No comments:

Post a Comment