Ads

Pustaka Peringatan P. Ramlee, KL, MY || Travel Vlog || Eng Sub

Hi korang, selamat datang ke Azim Aziz Blogspot...

Pustaka Peringatan P. Ramlee merupakan bekas rumah kediaman beliau sehingga hayatnya yang terakhir dan dibaik pulih oleh Arkib Negara sebagai tempat peringatan memorial P Ramlee. Pustaka ini menempatkan pelbagai bahan-bahan dan maklumat berkaitan P Ramlee yang sinonim dengan perkembangan muzik dan perfileman tanah air era 50 an. Untuk info lebih lanjut:


Pustaka Peringatan P. Ramlee


Sebelum itu, korang jangan lupa follow Azim Aziz Blogspot. Terima kasih.


Di bawah merupakan info tentang muzium ini;

Lokasi  Muzium        : 3.194882682981075, 101.70811378485034

Waktu & Hari buka  : 10.00 am - 05.00 pm (Kecuali Isnin)

Yuran masuk            : FOC

Yuran Parking          : FOC


Maklumat

    Pustaka peringatan ini terletak di Jalan Dedap, Taman P. Ramlee (juga dikenali sebagai Taman Forlong) di Setapak. Ia dibina pada 11 Julai 1986, bagi memperingati sumbangan P. Ramlee dalam bidang seni.

    Pustaka ini mempuyai beberapa bahagian untuk mempamerkan kejayaan dan sumbangan beliau dalam industri perfileman negara kita. Tokoh seni yang bukan calang-calang orangnya ini banyak berjasa demi perkembangan dunia filem tanah air. Bangunan ini menjadi sumber rujukan kepada pencinta seni tanah air sebagai sumber ilham. Sudut pameran yang tersergam indah dengan ruang koleksi filem P. Ramlee, kejayaan serta anugerah beliau dan barangan peribadi menjadi tarikan sehingga ke hari ini. Realitinya, Pustaka Peringatan P. Ramlee menjadi mercu tanda bagi perkembangan industri filem Tanah Melayu.

    Bahan-bahan yang dipamerkan di pustaka ini berdasarkan tema-tema tertentu seperti Sepintas Laliu, Biografi, Kenali P Ramlee, Era Kebangkitan, Irama dan Lagu, Dunia dan Filem, Anugerah, Sepanjang Riwayatku, Al-Fatihah, dan P Ramlee Yang Ku Kenali. Terdapat juga koleksi baju-baju P Ramlee dan isterinya, Saloma di dalam pustaka ini. Di bahagian luar, terdapat pameran kereta P Ramlee dan beca yang digunakan ketika pengambaran filem Penarik Beca. 

    Pustaka ini merupakan banglo setingkat yang berkeluasan 7,200 kaki persegi. Bahagian luar banguan ini dibina dengan batu-bata dan simen. Bahagian dalaman bangunan ini pula berlapikkan dengan kayu. Hal ini adalah untuk mencantikkan ruang pameran dan menarik minat para pelancong. Sebenarnya, Shaw Brothers yang merupakan penerbit filem yang terkemuka di Tanah Melayu pada masa itu yang memberikan rumah ini kepada P. Ramlee sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan beliau. Bangunan ini mempunyai seni bina mengikut cara moden dan berpengaruh Inggeris kerana bumbungnya berbentuk segi tiga.

Gambar di sini:
















        Sampai sini sahajalah coretan Asz. Untuk feedback, Asz letak di bawah.



Review daripada Asz:                                         Pembayaran tiket: 
                                     
Keluasan         : 3/5                                          Tiket Parking      : Refer atas

Kebersihan      : 5/5                                          Tiket Masuk       : Refer atas

Fasiliti             : 2/5                                          

Keunikan        : 5/5                                  

Blogspot berkaitan  :


Untuk tonton video penuh boleh ke youtube Asz, link di bawah

https://youtu.be/1AhtQVT1miw



No comments:

Post a Comment